Cuti Sekolah Pertengahan Tahun baru ni kami sekeluarga bercuti-cuti ker Pulau Pinang pada 25hb Mei hingga 28hb Mei dan Cameron Highland pada 28hb Mei hingga 30hb Mei. Hari jumaat bertolak semalam singgah tidur dekat rumah Pak Ngah en abang di Simpang Pulai Johor. Keesokkan kami bertolak bercuti ker Penang. Mak mertua dan adik ipar aku pon follow sekali. Memang ramai-ramai lagi seronok bercuti.
Masa ni atas jambatan Pulau Pinang.. Ternampak hujan setempat. cantik nyer.
Bila sampai-sampai jer kat Penang. Terus kami semua singah makan Nasi Kandar Beratur. Semua dah kelaparan.
Macam-macam ada.. menyelerakan sungguh. nyummm.
Sara, shahmie dan iqbal.. bergambar dulu baru makan.
Masa ni uqail nasib la duduk diam. Dapat la aku dan en abang makan dengan tenang. Perut tengah lapar makan berselera jer.. Alhamdulillah.
Aku dengan uqail bergambar di hadapan Masjid Kapitan keling Pulau Pinang.
Lepas jer makan kami check-in di Raninbow Paradise Beach Resort dekat Tanjung Bungah Penang.
Tengah menunggu bilik siap di kemas. Nasib la sekejab jer. Ramai jugak la orang datang bercuti kat hotel kat situ.
Ambik yang 2 bilik apartment. Aku booking melalui online di agoda. Selesa.. bilik mengadap pantai.. cantik view.
Masuk-masuk jer bilik memasing dah tak sabar nak mandi kolam.
Sara dengan adik uqail..
Turun-turun jer bawa uqail main pasir. Leka sungguh. Bila bawa dorang mandi kolam semua macam tak seronok. Terlalu ramai sangat kanak2 mandi.. rasa tak selesa.
Uqail seronok sangat dapat main pasir.
Duduk kat tepi pantai ni rasa tenang jer.. Cuci mata.. ramai orang sangat kat situ semua ada xtvt sendiri dengan keluarga memasing.
Aku dengan en abang.. Sebenar nyer aku dah dua kali bermalam dekat hotel ni. Dulu sekali masa family outing opis aku buat pada tahun 2008.
Alahai anak ibu ni.. seronok bangat.
Haii.. sayang tengok ibu ni ambik gambar uqail.. comel.
Uqail takut dengan ombak kat pantai tu.
En abang melayan karenah si kecik.
Bila memasing dah puas mandi.. matahari pon dah nak terbenam. Semua diarahkan naik atas. Malam tu kami tak keluar.. order makan kat hotel jer. Esok jer kami jenjalan kat Penang. Semua dah kepenatan.. awal jugak tidur malam tu. Lena sampai pagi tak sedar diri semua.
notajariku – walaupon kejadian tayar kereta en abang pecah sebelum bertolak aritu tu sikit pon tak mematah keseronokkan percutian kami. Habis jugak la 2k beli ke4 semua tayar baru.. kesian en abangku.