
Sambungan lagi citer cuti-cuti di Pulau Pinang. Hari ke 2 pepagi lagi kami semua dah turun ke coffee house ambik sarapan pagi. Anak-anak sebenar nyer tak nak makan.. hati semua nak terjun kolam renang. Tapi di paksa jugak isi perut walaupon tak lalu nak makan.. macam-macam dorang ni.

Meriah.. selera tengok mak mertua den makan. Happy ler tu dapek jalan2.. Tak pe makan2.. sekali sekala semua seronok terutama iqbal dan sara.. sepupu dorang pon ikut sekali.

Kalau makan buffet ni ambik yang nak makan jer. Kang kalau ambik banyak2 takut tak habis. Selalu ada pesanan dari penaja aka laki den la. Elok2 ada selera.. putus selera jadi nyer. Kena ler makan sikit2 gitu.. jangan tamak nanti membazir makanan.

Uqail pepagi dah kena kejut di bangunkan dari lena.. takde mood la tu.

Iqbal dengan sepupu.. shafik dan shahmie.

Lepas makan kena naik atas dulu salin pakaian mandi. View dari bilik kami tingkat 9.

Dah siap sedia jom terjun kolam.. yuhuuu..

Happy jadi budak-budak kan…

Uqail tak mandi sangat kolam.. ramai sangat orang agak nyer tu yang macam terpingga2 jer.

Macam tu ler uqail asyik berkepit jer.. sejuk pon yer.

Moh.. le kita pergi memain kat pantai.

Bersantai bersama adik ipar dan mak mertua ku.

Leka sungguh uqail main pasir dengan kakak sara.

En. abang sibuk ajak naik banana boat.. layan jer ler.

Sedia semua.. yang lain teruja naik banana boat tu.

Aku paling depan abis aku henjut2kan banana boat tu macam naik kuda.. menjerit2 sara dengan iqbal.. hahaha.

Uqail kena tinggal dengan mak usu dia.. melalak tak hengat.

Lepas jer semua dah puas mandi.. dalam pukul 1 tengahari kami gerak pulang. Ambik gambar dulu sebelum check-out.

Happy family.. insyaAllah.

Anak-anakku.. comel.

Bergambar beramai-ramai..

Iqbal, shahmie, sara, shafik dan uqail bergambar bersama.

Singgah makan kat padang kota lama.. macam-macam kami semua makan ada persembur, laksa, kerang bakar.. perghh sedap makan kat sini banyak pilihan boleh makan.

Kesian uqail tidur.. tak dapat makan.

Kami naik feri dulu.. masa datang aritu ikut jambatan pulau pinang. Sajer anak-anak nak merasa naik feri.. dulu iqbal dangan sara masih kecil lagi. Uqail baru pertama kali naik.

Hai.. kali ni naik tak de angin laut… panas berbahang.

Uqail dengan ayah.

Kami sekeluarga..

En. abang dengan anak-anak dan anak buah.

Seronok uqail dapat naik Feri Pulau Pinang.. berlari-lari seronok sangat. Lepas jer kami mendarat aku sekeluarga terus sambung cuti-cuti lagi. Bercuti-cuti ke tempat kegemaran aku dan sara iaitu Cameron Highland. Adik ipar dan mak mertua balik ipoh perak rumah pak ngah en abang balik. Agak lambat jugak sampai Cameron Highland coz ikut jalan masuk Simpang Pulai. Apepon alhamdulillah kami sampai jugak ke CH walau pon dah pukul 9.30 malam.
notajariku – bersambung pulak citer cuti-cuti kami di Cameron Highland pulak.
