Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Tayar Kereta Kami Pecah ~

$
0
0
IMG_9032
Pada cuti sekolah yang lalu aku sekeluarga merancang bawa anak-anak bercuti ke Penang dan Cameron Highland. Bertolak pada hari Jumaat 24hb May 2013. Dah petang jugak la kami menuju ke Highway plus. Perjalanan pada mula agak lancar dan kami pon tak tergesa-gesa. Tengah dalam perjalanan agak-agak dalam 45 minit dari Kuala Lumpur kami sekeluarga terdengar tayar belakang kereta kami berbunyi seperti terlanggar sesuatu.
IMG_9031
Tak terterfikir apa-apa pon kami meneruskan perjalanan. Bila sampai di perhentian di hadapan tak ingat plak aku perhentian apa. Rasa hati aku tak sedap terus aku cakap dengan en abang berhenti dan cek tayar kereta yang dengar terlanggar sesuatu tadi. Bila tengok rupa-rupa nyer tayar kereta kami pancit. Pada mula en abang nak tukar dengan tayar spare. Aku plak kata tak payah la coz tengok tayar spare macam dah lama dan tak pernah guna. Lagi pon tayar tu kecik dari tayar asal kami. At last pam tayar kat stesen minyak shell.
IMG_9033
Jangkaan en abang meleset ingat bole tahan sampai ke tempat yang kami tuju. Tayar masih pancit dan tak bole bergerak langsung. Dalam 100 meter tayar pancit balik.. terus en abg telepon Plus Ronda. Plus Ronda lambat sampai terus sapu tow car yang sentiasa berkeliaran disepanjang highway. Gambar atas la kereta kami tengah di towing kena dalam rm80 hengget sampai ke Slim River.
IMG_9034
Masa ni tukar dua2 tayar belakang terus coz tayar dah botak sangat. Bila tengok tayar yang pancit rupa2 nyer tayar tu dah pecah. Nasib la tayar kereta en abg mahal kira satu tayar tu rm800. Kalau beli yang murah tayar kereta kalau pecah boleh membuatkan kemalangan berlaku. Syukur kami sekeluarga selamat.
IMG_9030
Ni la tayar belakang belah kiri yang pancit pada mula nya kami ingat.
IMG_9039
Yang ni selepas tayar dah di keluarkan. Tapi tak la pecah banyak camni kot. Pengajaran la pada aku dan en abang lepas ni kalau nak jalan jauh kena pastikan kenderaan selamat digunakan. Selamat perjalanan kami sampai ke rumah Pak Ngah en abg. Kami tidur semalam keesokkan hari baru kami gerak ke Pulau Pinang. Lagi dua tayar depan en abang tukar kat sana. Ye la nak jenjalan ke Cameron Highland lagi selepas bercuti di Penang. Takut plak kejadian berulang.
notajariku – ada lagi cerita percutian kami sekeluarga di Penang dan Cameron Highland selepas ni. Kat bawah ni video saat-saat kereta en abang nak di towing.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 197