Syawal ke 2 kami sekeluarga dah bersiap-siap nak pergi beraya ke rumah sanak saudara sebelah mak aku. Anak-anak pon rasa seronok sangat. Masa ni la dorang nak kutip duit raya. Sama la macam kita masa kecik-kecik dulu bila tiba hari raya.. yang terlintas di fikiran adalah duit raya. Dapat kumpul banyak lagi seronok. Tapi dulu-dulu kita dapat duit raya semua duit syiling. Penuh poket baju kurung dengan duit syiling bila balik dari beraya.. nostalgia sungguh.
Bergambar kami sekeluarga dulu sebelum nak berjalan beraya. Masa ni aku terpaksa pakai seluar jeans. Terlupa sangat2 nak bawa baju raya (baju kurung). Padahal tahun ni la paling banyak aku tempah baju raya. Dua jenis baju kurung moden dan 2 jenis baju kurung moden. Huhhh.. lalai sungguh.
Rumah pertama kami beraya di Felda Jelai 2 rasanya. Pak Cik Lat.. adik lelaki mak aku. Rumah orang-orang jelai semua dah cantik belaka. Jangan ingat orang felda sengkek ok.. orang felda la banyak duit tau.
Beraya dengan tak cukup korem.. keluarga kakak long dan kak ngah aku tak de masa ni. Semua beraya belah rumah mertua.
Lepak di luar.. panas.
Rumah pertama beraya dan yang paling happening menu juadah untuk tetamu. Ada nasi ayam, rendang, lemang, nasi impit, bee hoon sup dan buah tembikai. Bila tengok banyak makanan.. makan2 juga. Kesihatan perlu di jaga.. sekarang ni aku kalau pergi beraya tak mahu minum air yang berais dan manis-manis.. Takutt oiii.
Rumah ke 2 beraya.. rumah Mak Cik Mok aku di Pasir Besar Gemas. Kakak ke 2 belah mak aku. Dah tak berapa sihat.. jalan pon tengok tak larat.. dulu pernah buat pembedahan di IJN sakit jantung. Kesian sangat.
Rumah ke 3 beraya.. di Serting. Rumah Pak Cik Acin. Wahh tahun dulu rumah biasa jer. Sekarang datang rumah dah diubah suai.. cantik dan selesa. Dengar orang-oarang felda dapat pinjaman bank rm40k.
Makan apa yang ada.. juadah nasi dan biskut raya.
Pak Cik Acin aku ni dekat rumah ada buat Cyber Café.. Seronok budak2 felda dapat la layan games.
Rumah ke 4 beraya di Pasoh 3 rasanya.. Pak Cik Itam.. Abang pertama belah mak aku. Rumah pon dah diubah suai tahun ni.. cantik.
Datang-datang di jamu berbagai buah-buahan.. rambutan, duku langsat.
Makan bee hoon sup sangat pedas dan berapi cili kisap.. sedap sangat.
Syawal ke 3.. semua dah gerak balik KL. Mak Cik Napsiah pepagi dah bertolak. Adik perempuan aku malam ke 2 dah balik coz suami dia aritu dah start kerja. Ni kami bergambar dulu sebelum berangkat pulang. InhaAllah.. umur panjang datang lagi beraya.
Dalam perjalanan.. memang bercadang nak pergi beraya ke rumah kawan en abang dengan kawan aku masa muda-muda dulu. Tiap-tiap tahun wajib datang beraya. Di Tanjung Ipoh Kuala Pilah. Rumah lama masih mengekalkan ciri asal tradisonal dan seni bina rumah melayu N9.
Bergambar buat kenang-kenangan..
Lepas ni kami sekeluarga beraya di rumah nizam family. Terus kami pergi beraya rumah kawan sekolah en abang yang dah lama tak berjumpa di Johol N9. Nasib la senang cari rumah guna google maps jer. Lepak-lepak dan makan beehoon goreng sekejab sebelum malam kami gerak pulang ke rumah taman puncak jalil. Perjalanan agak lancar juga walaupon banyak kereta di highway plus. Alhamdulillah.. selamat sampai rumahku syurgaku. Penat sangat beraya.. esok tu plan nak jalan raya lagi.
Ok setakat ni sajer citer syawal ke2 dan 3 kita sambung di lain entry.. babai.