Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Perjumpaan Dengan Member Lama ~

$
0
0

IMG-20140720-WA0001

Cerita aritu masa bulan ramadhan.. arini baru berpeluang nak update. Alangkah seronoknya bila dapat berjumpa dengan member-member lama. Perancangan menjadi kali ini. Tak tak cukup sorang member aku ni nico @ ita tak dapat join sesama. Sibuk mencari baju raya anak-anak katanya. Ok la xpe janji perjumpaan kita berempat menjadi. Agak dalam 5 tahun jugak la kami semua tak berjumpa.. dulu kali terakhir pon masa berbuka puasa semasa di Hotel Crown Princess Jalan Ampang.

20140720_193404

Aku, tasha, mimi dan kak shima. Mula-mula ingat berbuka di Hotel Royal Chulan. Member aku mimi tersalah dengar rupanya di Hotel Royal sebelahan dengan Lot10 Mall. Hahaha.. aku dah siap parking kereta kat bawah Hotel Royal Chulan lagi. Lagi setengah jam nak berbuka nasib la dekat jer Hotel Royal.

20140720_195211

Makanan agak sedap jugak.. tapi pilihan menu tak banyak. Kita orang makan pon sikit-sikit jer.

IMG-20140721-WA0002

Aku, kak shima dengan tasha..

IMG-20140721-WA0006

Nasib la anak dara aku sorang ni temankan. Nak balik lewat pon tak kisah.

20140720_202314

Ni la mimi n family.. husband dia ni chef di Hotel Crown Princess dulu. So bila makan kat Hotel Royal ni dapat la kurang harganya.

IMG-20140721-WA0007

Sporting mimi dengan bad.. penyanyi tu ajak menyanyi sama lagu hari raya. Aku la tukang ambikkan video.

20140720_214842

Bila nak borak-borak di Hotel Royal dengan bunyi bising penyanyi melalak terlolong. Terjerit-jerit la jugak kami nak berborak. Akhirnya kak shima ajak sambung borak dan minum-minum di Lodge Hotel sebelah bangunan promet. Kenangan sungguh tempat ni.. masa muda-muda dulu selalu lepak kat sini.

20140720_215547

Terima kasih la sha belanja sara makan chicken chop. Kak shima dengan tasha makan bubur. Aku dengan mimi dah kenyang.. nak makan lagi pon dah senak perut.

20140720_215528

Sedapnya anak ibu ni makan. Chicken chop adalah makanan kegemaran sara.

IMG-20140721-WA0009IMG-20140721-WA0008

Lepas makan.. borak-borak kami gerak nak balik. Rasa tak puas nak berborak lagi. Rasa sekejab jer masa berlalu.. rindu la kat korang semua. Banyak memori pahit manis yang kita semua lalui. Pasti kenangan tu aku akan ingat sampai bila-bila. Andai dapat ku undur masa kembali ke zaman muda dulu-dulu alangkah seronoknya. Tapi itu semua sudah berlalu..

notajariku - Perut aku pon dah berlapis-lapis.. abaikan sajer yer.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197