Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Di Pagi Hari Raya AidilFitri 2014 ~

$
0
0

DSC_0219

Masih tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri.. mohon Maaf Zahir & Batin dari zana sekeluarga. Di pagi raya harus la kami sekeluarga di Segambut. Keluarga belah en abangku. Memang dah rutin tiap-tiap tahun memang kena paksa tak la kena turuti kemahuan suami. Kalau tak nanti dikatakan derhaka. Sebelah petang baru kami bertolak balik ke kampungku pulak kg Gedok N9.

DSC_0218

Tema warna kami sekeluarga tahun ni hijau dengan warna macam merah jambu + unggu gitu. Kain beli murah jer.. masa aku bershopping di Bandung tahun lepas. Tapi bila tempah mahal yang amat. Nak cantik dan selesa pejam mata jer la. Tapi apepon ceria kami di 1 syawal. Terutama anak-anak pagi-pagi dah bersiap-siap nak ke Masjid Al-Ehsan Kinrara untuk solat hari raya. Lepas tu baru pergi ke rumah mertua di Segambut.

DSC_0214

Bergambar bersama anakanda semua.

DSC_0206

Abang iqbal dan kakak sara sayang adik uqail.

DSC_0203

Kenangan di pagi Aidilfitri.. layan jer la gambar kami.

DSC_0330

Ya Allah.. tengok anak-anakku iqbal dah sama tinggi denganku. Sara pon sama dah sama besar denganku.

DSC_0329

Baru lepas makan perut memasing dah kedepan.. hihi

DSC_0335

Gambar kami sekeluarga.. senyumm semua.

DSC_0331

Aku dengan cinta hatiku..

DSC_0321

Iqbal pon dah besar sama macam ayah dia.. sekejap nampak dah bujang.

DSC_0315DSC_0319

Budak kecik uqail.. rambut kerinting macam bunga.. hihi

DSC_0311

Uqail dangan sepupu dia.. Qhalis Rayan.

DSC_0220

Bergambar dangan mertua..

DSC_0260

Bergambar dengan adik ipar.. dan anak buahku.

DSC_0281

Menyusun jari maaf dipohon.. kepada suamiku. Saat-saat waktu yang paling hiba. Sedang lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri.. maaf zahir & batin yer abang.

DSC_0284

Syahdu sungguh masa ni.. tak mahu nangis tapi menitis jugak air mata ni.

DSC_0285

Orang tengah sedih-sedih.. boleh plak en abang buat muker lawak.

DSC_0287

Giliran iqbal memohon keampunan buat ibu dan ayah.

DSC_0288

Serius muka aku.. sebenarnya tahan pasal nak nangis.

DSC_0290

Sara masa ni memang tiba-tiba dia nangis.. sampai tak boleh berkata-kata. Sebak sangat kami semua.

DSC_0293

Salam ibu pulak.. banyak melawan cakap ibu. Ibu dah maafkan semua kesalahan anak-anak ibu tau.

DSC_0295

Muker tengah menangis.. tak sempat lap air mata adik ipar dah snap gambar.

DSC_0270

Anak-anak baru dapat duit raya.. habis dibuka nak diambil duit dalam sampul raya. Tak sabar bila dapat duit.

DSC_0299

Hidangan di pagi aidilfitri.. Juadah air tangan dari ibu mertuaku.. nasi impit, rendang daging + paru, masak lodeh dan sambal tumis.

DSC_0300

Sedappp sangat… Harus aku belajar memasak cara masakkan ibu mertua. Ada anak perempuan 2 orang pon tak mahu belajar. Alangkah ruginya kalau takde yang mewarisi masakkan ibu mertuaku ini.

DSC_0302

En Abang ngan iqbal tengah menjamu selera. Tak menahan sedap bila dapat makan nasi impit, rendang daging, masak lodeh dan sambal tumis. Tiap-tiap hari raya memang juadah rutin kami di pagi aidilfitri di rumah mertua. Walaupon dah tak kuat dan tak sihat lagi ibu mertuaku.. tapi masih lagi nak memasak untuk anak, menantu dan cucu bila balik ke Segambut. Lepak sampai petang.. dalam pukul 6 baru aku gerak balik ke kampung N9 aku pulak. Mak dan keluargaku semua berkumpul di sana. Tanah dan rumah pusaka nenek belah ibuku.

Alhamdulillah.. perjalanan kami sungguh lancar. Jalan tak jem dan tak banyak kereta pon. Sampai di kampung pon dalam pukul 9 malam. Sampai jer terus anak-anak tak sabar nak main bunga api dan mercun.. seronok sakan iqbal dengan sara bila dapat balik kampung berkumpul dengan sanak saudara.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197