Cuti pertengahan tahun bermula pada 27hb Mei hingga 14hb June 2014. Anak-anak kemain seronok nak bercuti sekolah selama 2 minggu lebih. Kata iqbal bole bangun lambat dan berehat-rehat dekat rumah.. itu la masa yang dorang tunggu-tunggu. So bila cuti bermula macam-macam aktiviti dorang buat.
Ajak pergi tengok wayang la.. ajak pergi jenjalan di Aeon Equine la. Penat melayan karenah dorang. So aritu sepupu dorang firdaus, maya dan ifzal ada tidur rumah kami. Siang tu aku ajak dorang jenjalan di Aeon Equine.. main-main game dan makan KFC.
Zaman ibu ayah dulu masa cuti sekolah memang lain dari zaman sekarang. Dulu macam-macam permainan tradisional ada seperti main getah, galah panjang, congkak, gasing, guli dan batu seremban. La ni nak main permainan dulu dah takde. Games PS3, PSP, iPad dan telepon.. semua gadget ni yang menjadi permainan anak-anak sekarang.
Seronok memasing nak berjalan-jalan hari ke-2. Cadang nak bawa anak-anak dan sepupu-sepupu dorang pergi tengok wayang cerita Hantu Nan Sempit di IOI Mall Puchong.
Aku yang ajak dorang tengok wayang.. Pilih jer cerita apa nak tengok. Sorang masuk untuk kanak-kanak cume RM6 jer.. murah sangat. Uqail sangat baik.. sekejab tu dia dah tertidur dalam panggung. Senang tak payah melayan karenah dia. Kalau tak tak duduk diam asyik nak keluar jer dia.
Best jugak cerita hantu nan sempit.. gelak sakan dorang tengok. Terkekek-kekek ketawa. Lepas jer tengok wayang kami jenjalan di Aeon beli barang-barang dapur sikit. Bawa uqail pergi sedut gas di Klinik Pakar Ting Puchong. Kahak dan batuk uqail masih tak baik lagi masa tu. Risau gak.. ubat dah makin sedikit.
notajariku – malam tu sara buatkan makan malam kami.. semua makan spaghetti black pepper jer. sedapp gak.. pandai masak si sara ni.