Seperti biasa hari Sabtu hujung minggu adalah hari kami sekeluarga berjalan-jalan. Siap-siap terus kami pergi makan tengahari di Warung Tok Janggut Klang. Aku Berselfie dengan anak-anak dalam kereta dalam perjalanan menuju ke Klang.
Bergambar dengan budak manja.. busuk-busuk anak ibu ni..
Kalau kami nak datang ke Warung Tok Janggut pasti aku akan telepon dulu taukey warung kak zaiton. Order seperti biasa makan gulai daging kawah 2 dan sup 2. Dan bungkus lagi untuk makan malam plak. Kalau tak talipon takut sup dan gulai daging kawah habis. Warung Tok Janggut ni selalu jer makanan cepat habis. Orang sangat ramai datang makan di situ.
Tengok sara dengan iqbal.. sorang satu sup tulang dan gulai daging kawah. Mana tak badan memasing tembam. Selera jer dorang makan.
Lepas jer makan en abang ajak datang ke Media Karangkraf Shah Alam Sekysen 15. Merata cari tempat nasib la jumpa.
Ada Jualan Pra-Ramadhan pada 30hb Mei – 1 Jun 2014 yang lepas. Macam-macam aktiviti ada dan jualan diskaun sehingga 70 peratus. Kebetulan adik ipar aku ada sewa tapak parking di situ. Tu yang datang melawat sambil aku bershopping dan cuci mata. Seronok gak..
Ni la gerai adik ipar aku.. jual air vitagen dan baju kanak-kanak. Kakak ipar aku pon ada jugak berniaga sama. Dia jual baju jubah dari indonesia. Cantik-cantik diskaun 50 peratus.. memang murah.
Nak sewa tapak di dalam bangunan dah penuh dengan harga kalau tak silap rm200 lebih. Sewa jer la kat lot parking dengan harga rm60 jer. Tapi kira ok la .. bezanya kat luar panas berdengkang dari kat dalam bangunan ada penghawa dingin.
Bergambar dengan en abang di hadapan gerai adik ipar aku.
Dah pakai cantik-cantik aku.. sampai kat situ berpeluh ketiak jadinya.
Bergambar dengan anak-anak.. comel.
Barang yang sempat aku beli.. kiut sungguh tempat taruk jarum ni. Harga cuma RM10 jer.
Pin tudung ni plak.. aku beli satu dengan harga rm15.
Masa ni pencarian model.. ada sessi temuduga. Wahh comel-comel gadis-gadis yang datang. Dalam 2 jam jugak la aku lepak kat situ.. jalan-jalan shopping. Lepas tu aku ajak dah en abang gerak pulang. Tapi tak pulang pon pergi Mid Valley Megamall.
Anak-anak ajak nak tengok wayang cerita Abang Long Fadhil di GSC. Beli melalui online.. memang tak perasan masa beli kanak-kanak tak boleh masuk. Bila aku perhatikan papan tanda Abang Long Fadhil ada tertulis PG +18. Terus aku suruh en abang tanya kat counter.. memang kanak-kanak tak boleh masuk. Huhhh bengang aku.. rugi rm62 hengget. Nak refund balik duit memang tak boleh dan banyak kerja. En abang kata biar la dia yang setelkan benda ni. Dia kata aku tak yah pening kepala. At last kami jenjalan jer kat Mid Valley jer.
notajariku – tapi memang patut la kanak-kanak tak dibenarkan masuk tengok cerita Abang Long Fadhil.. banyak aksi-aksi ganas dalam filem tu. Lupa aku seketika itu.