Uqail demam lagi. Tiba-tiba hari jumaat 6hb June aritu badan uqail panas. Cepat-cepat aku bawa pergi ke Klinik Mediviron di Taman Puncak Jalil. Suhu badan uqail mencecah sampi 40c. Cepat-cepat doktor masukkan ubat dubur. Dalam 1 jam gitu baru suhu badan uqail menurun dan berpeluh. Lega rasanya.
Sebenarnya uqail ni demam biasa jer. Bermula dari tekak merah dan batuk berkahak. Kali ke dua gambar atas tu la ubat dari Klinik Pakar Ting Puchong. Ubat dari Klinik Mediviron dah habis pon masih tak baik lagi. Pergi Klinik Doktor Ting seperti biasa kena sedut gas nebulizer 5 kali datang sana. Bila Uqail demam aku memang la tak cukup tidur.. asyik-asyik terjaga takut suhu badan uqail panas dengan tiba-tiba.. risau sangat. Muker dan mata aku pon dah naik sembab.
Agak lama jugak la batuk berkahak uqail nak hilang. Demam dah takde. Masa aritu nak berjalan ke Cameron Highland pon risau gak. Tapi kami sekeluarga pergi jugak.. ubat-ubatan semua aku bawa. Alhamdulilah.. dekat CH uqail sangat aktif.. masa kami makan tengahari di sana uqail merengek nak makan ais krim. Aku takut gak nak bagi.. sekali makan sampai 2 batang ais krim. Yang herannya lepas makan ais krim tu tak kedengaran lagi batuk berkahak uqail lagi.. syukur uqail dah sembuh.
notajariku – tu yang selalu kita dengar jangan makan ais krim nanti batuk. tapi ais krim tu la ubat nak hilangkan batuk sebenarnya. hahaha.