Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Mohh.. La Kita Jenjalan Cari Makan ~

$
0
0

Wahhh.. Ari sabtu lepas kami sekeluarga jenjalan cari makan, tempah baju melayu, tengok wayang dan pergi shopping di Danau Kota Setapak. Satu KL kami berjalan-jalan. Lama sungguh kain baju melayu en abang, iqbal dan uqail yang aku beli di Bandung tahun lepas terperap kat rumah.

Siap-siap kami anak beranak semua pakai baju warna kuning.. kuning sangat la kan. Sebenarnya baju semua ni masa aku beli nak pakai masa birthday uqail aritu.. warna tema la katakan.. pakai jer la. Kalau tak bila la nak pakai lagi selepas birthday uqail aritu.

_DSC0909_DSC0908

Masa ni aku rajin nak bawa kemera godang.. lama sangat bila jenjalan tak bawa. Boleh update citer kat blog. Cantik sikit gambar.. Kalau tak update kat blog asyik blur jer gambar.

_DSC0897_DSC0904

Ini budak rambut kerinting makin besar sudah.. besar dari kepala. Sengaja tak mahu potong biar la macam hafiz af.. hihihi

_DSC0903

Uqail buat muker boring.. ibu lambat sangat sibuk plak ambik gambar.

20140517_142905

Ber-Selfie dalam kereta kami sekeluarga pakai monopod.. kuning sangat la oii. sakit mata.

_DSC0913

Singgah makan tengahari di JM Bariani di Subang Jaya. Tempat kegemaran kami sekeluarga makan. Alhamdulillah.. syukur rezeki pada haritu.

_DSC0920

Ini budak makan pisang.. memang fav uqail.

_DSC0917

Iqbal makan mee bandung muar.. memang sedap.

_DSC0921_DSC0924

Sedap en abang makan.. penuh meja. Aku dengan uqail sikit-sikit nak air.. makannya tidak.

_DSC0919

Fish & Chips.. en abang kata sedap. Siap cicah dengan sos putih tu.

_DSC0932

Anak-anak semua dah kekenyangan.. bila lapar semua macam anak burung.. bising kata lapar. Dah makan semua jadi malas. Lepas makan kami gerak ke Wisma Yakin di Masjid India nak tempah baju melayu en abang dan anak-anak plak untuk Hari Raya tahun ni. Lambat sangat.. entah tailor ambil tempahan lagi ke tidak agaknya. Kita cerita di lain entry plak yer.

okey sekian babai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles