Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Baru Nak Tempah Baju Melayu ~

$
0
0

Dah masuk bulan Mei baru la en abang sibuk ajak pergi Wisma Yakin di Masjid India nak tempah baju melayu untuk raya tahun ni. Ada ker tailor nak ambil tempahan lagi agaknya. Sampai kat Masjid India kami parking kereta berhadapan bangunan DBKL. Senang jalan kaki sikit dah sampai Wisma Yakin. Kalau tak menapak jalan kaki dari semua house mall. Kesian anak-anak penat berjalan.

_DSC0934_DSC0936

Seronok jenjalan di Wisma Yakin bukan masa bulan ramadhan.. tak la laga-laga bahu. Sambil jenjalan di situ boleh cuci-cuci mata.. ramai peniaga berniaga masa tu. Macam-macam ada boleh shopping.

_DSC0940

Tempah baju di Tailor BAK. En abang sibuk nak tempah di sini. Tahun lepas kami beli baju yang sudah siap en abang kata sedap pakai. Nasib la Tailor BAK masih ambil tempahan untuk Raya tahun ni lagi.

_DSC0937

Kedai cantik.. baju pon selesa pakai. Takpe kita tempah dulu baru tahu sedap ker tidak pakai baju melayu untuk raya tahun ni punyer okey yer abang.

_DSC0938

Kita bergambar dulu sementara tunggu staff kat situ ukur kain baju melayu. Lupa berapa meter kain masa beli di Bandung dulu. Nasib cukup untuk en abang, iqbal dan uqail 9 meter setengah.

_DSC0945_DSC0944

En abang ukur untuk buat baju melayu cekak musang.. mesti hensem.

_DSC0950

Iqbal plak ukur baju melayu.. sama jugak tempah baju melayu cekak musang.

_DSC0952_DSC0956

Uqail malu-malu kucing.. mula-mula tak mahu ukur. Pujuk punya pujuk nasib baik elok jer perangai dia.

_DSC0954

Uqail tempah baju melayu cekak musang 3 butang jer. En abang dengan iqbal 5 butang. Wahh mesti hensem dorang pakai baju melayu cekak musang warna tema raya tahun ni unggu + merah hati nak sebut warna pon aku tak tahu warna apa sebenarnya.

_DSC0958

Siap lagi seminggu lagi nak raya pada 15hb Julai. En abang sibuk kata kenapa lambat siap dah tu tempah lambat camne nak siap cepat. Malas aku nak layan en abang sorang aku ni. Dari bulan Februari lagi aku suruh tempah nanti lambat siap.. kang hantar tempah lambat cincai-cincai jer tailor tu buat. Baju raya aku dengan sara 17hb Mei dah siap buat nak tunggu pergi ambil jer.. sedia jer la duit.

_DSC0960

Ramainya peniaga-peniaga luar.. selamba jer berniaga tepi jalan. DBKL datang habis di angkutnya. Baru padan muker dorang. Monopod, hp, pendrive dan macam-macam ada katanya semua barangan dari thailand.. murah-murah tapi aku tak berani beli.

_DSC0963_DSC0961

En abang sempat beli sejadah untuk sendiri pakai..

_DSC0969_DSC0972

Jenjalan di Bazaar depan Wisma Yakin.

_DSC0975

Rambang mata dibuatnya.. macam-macam ada.

_DSC0978_DSC0983

Lepas dah siap tempah baju melayu.. ingat nak beli nasi bariani di Restoran Bilal di depan jalan TAR. Tapi dah tutup la plak. Nak belikan Nasi Bariani untuk mak dan ayah hantar di Bangsar. Singgah plak kami ke The Garden GSC Signature anak-anak nak tengok wayang cerita godzilla. Nasib sempat sampai cerita godzilla bermula pukul 7.45 malam. Okey kita cerita plak di lain entry penat dah update secara merathon. Satu hari punyer jenjalan.. nak buat 4 entry.. layan jer la yer.

sekian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197