Sempena hari ibu aritu.. sara buat kejutan. Bagi kad dan hadiah sempena hari ibu. So sweet anak dara ibu sorang ni masih ingat hari ibu. Sara ni memang suker sangat beli hadiah.. sesiapa punyer birthday atau apa-apa sambutan semua dia nak bagi. Baru-baru ni hari guru pon siap beli sampai 10 hadiah untuk cikgu sekolah kebangsaan dan 9 hadiah untuk cikgu sekolah agama. Penat melayan..
“Selamat Hari Ibu” katanya padaku. Alahai.. sara terima kasih yer sayang bagi kad dan hadiah buat ibumu ini. Uqail pon nak interframe gak.. hehehe.
Coretan kad sara “ Terima Kasih ibu kerana menjaga dan menyusukan saya dengan kasih sayang. Daripada : Aliah Maisarah dan Kepada: Ibu tersayang.
Buka hadiah pula.. jeng.. jeng..
Cantik nyer hadiah yang sara bagi. Lampu tidur ala-ala kristal.. sangat cantik. Terima Kasih buat anakku sara. Hadiah dan ucapan di kad itu sangat bermakna buat ibu. Dan ibu juga rasa gembira dan bersyukur nikmat , rezeki melahirkan dirimu adalah anugerah pemberian Allah.
Iqbal juga pagi-pagi memberi ucapan selamat hari ibu.. terima kasih la pada semua anak ibu.
