Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Seronok Bila Tengok Emak Ayah Kita Happy ~

$
0
0

20140514_135459

Sempena hari ibu aritu.. aku dengan en abang belikan periuk nasi warna merah macam aku punyer tapi tak sama pada emak aku. Alangkah seronok bila tengok wajah emak aku bila dia buka pembalut hadiah dan tahu isi dalam hadiah tu.

20140514_135610

Cepat buka.. cepat buka. Mesti mak suker. Berkali-kali ucapkan terima kasih padaku dan en abang kerana pemberian yang berharga. Lama dah periuk lama mak guna tak bertukar-tukar. Agak usia perkahwinan kami. Sekarang ni la baru nak merasa pakai periuk nasi mahal dan cantik.

20140514_135713(0)

Emak.. kaulah ratu hatiku di dunia & akhirat.. jasa dan pengorbananmu melahirkan dan membesarkan ku tak dapat di balas walau dengan segunung emas permata.. SELAMAT HARI IBU!! Doaku selalu untukmu. Kak Lang sayang emak!

20140514_135409

Pada hari yang sama jugak en abang ada belikan beras Faezah Basmathi untuk ayah aku. Dah selalu jugak en abang belikan beras jenis ni. Ayah aku memang dah ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Memang dah kena makan beras jenis macam gini. Suker ayah aku bila menantu dia masih ingatkan akan dia. Berjimat makan beras tu.. tak pe la ayah kalau dah habis ikram akan belikan lagi.

Baru-baru ni ayah aku nak pengsan masa di surau. Rasa macam nak pitam dan badan rasa lain macam jer katanya. Berpapah balik rumah.. nasib la ada orang tolong. Bila tengok darah tinggi sampai ke 200. Rupanya tersalah makan ubat. Baru ni sesak nafas pulak. Aduhai.. rasa longlai bila aku mendengarnya. Kesihatan ayah aku sekarang ni dah tak berapa baik. Macam-macam aku fikir.. Ya Allah kurniakan kesihatan yang baik berpanjangan dan panjangkan umur ayahku.. amin.

photo 1(3) - Copy

Masa ni la belikan periuk nasi untuk emak aku. Mula-mula nak temankan mak mertua aku nak beli kipas. Tiba-tiba mak metua aku kata nak beli periuk nasi warna merah macam aku punyer. So bila aku kata nak belikan periuk nasi pada mak aku. En abang pon kata kat emak dia nak belikan jugak sempena hari ibu. Apa lagi terpangpang wajah kegembiraan wajah mak mertua aku.

photo 4(2)photo 3(3)

Periuk nasi ni lain dari aku punyer harga RM330. Yang aku punyer RM399 dan 1000w high power. Dan gambar periuk nasi belah kanan tu belikan untuk adik perempuan aku. Sempena dia dan suami akan berpindah di rumah baru. Agak dah 4 tahun adik aku ni duduk di rumah emak aku di Bangsar. Lagi pon masa dia kahwin dulu aku tak beri pon hadiah kahwin.

20140301_211627

Aku baru perasaan tabiat mak mertua aku bila aku beli peralatan rumah mesti dia nak beli jugak.. dah macam dalam cerita ali baba bujang lapuk la plak “apa orang beli.. semua dia mahu beli.. orang beli rumah baru.. dia nak beli rumah baru. orang beli radio baru.. dia nak beli radio baru. orang beli baju baru.. dia nak beli baju baru”. Tak pe la mak janji mak happy dan seronok. Selamat hari ibu yer mak mertuaku!! Semoga mak di beri kesihatan yang baik dan panjang umur.. amin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197