Akhirnya uqail berhenti dari menyusu badan. Selama 3 tahun seminggu jugak la uqail mendapat khasiat sepenuhnya dari susu badan aku. Lagi pon uqail dah besar dan aku pon dah bersedia untuk memberhentikan penyusuan. Agak-agak dalam 3 bulan jugak la aku mengambil masa untuk bercerai susu. Macam-macam cara nak buat untuk uqail tak mahu menyusu di antaranya sapu kan dengan ubat pahit, garam dan nescafe. So bila ada benda-benda dan bau yang aneh selalunya uqail tak nak lagi menyusu. Kesian kadang-kadang tu tapi aku tekat tak mahu bagi uqail menyusu lagi. Gambar atas la susu tepung yang sekarang uqail minum Sustagen Kid 3 perasa creamy vanila. Beli yang pack kecil dulu untuk uqail sesuai dengan susu ni. Fernleaf CalciYum kakak sara punyer.
Uqail dah mula menyusu pakai botol. Rasa seronok aku tengok bila uqail dah banyak minum susu tepung. Tapi satu jer tabiat uqail bila tengah menyusu suker sangat gigit puting tu sampai melopong jadinya. Geram sangat aku.. bukannya murah puting avent ni kalau sekali beli. Dalam RM30 untuk 2 puting kat dalam bekas tu. Dua minggu ni dah 2 set aku beli. Uqail.. uqail..
Uqail sekarang sudah sihat. Setiap minum susu tepung akan aku campurkan sesudu Meal Shakes Shaklee. Nampak dah sekarang selera uqail bertambah. Alahai anak ibu cukup la sayang menyusu badan ibu. Rasa penat dan dah tak de susu lagi ibu rasa. Uqail menangis malam nak tek ibu pon ibu akan marah-marah. Kesian dengan anak ibu ni. Takpe sekarang sudah berakhir terima kasih coz memahami ibu.. uqail memang anak yang baik!.
notajariku – kat bawah bukti selama uqail menyusu badan.. sama dengan kakak sara jugak 3 tahun menyusu badan ibu. Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang bijak dan sihat sentiasa.. amin.