Kisah kami di hari isnin.. kebetulan en abang cuti. Dapat la dia temankan aku pergi ke Dataran Maybank dan pergi servis keretaku untuk kali ke tiga. Sampai kat Maybank aku ada urusan pasal saham 7 eleven. Ada la dapat sikit.. untung-untung dapat la rezeki nanti.. in shaa Allah. Urusan di maybank nak dekat 2 jam.. sangat lembab. En Abang dah tension menunggu lama. Si uqail plak tak boleh duduk diam.. terberak la dia. Penat melayan nasib tak hilang.. tiba-tiba hilang dari pandangan mata kami.
Lepas urusan bank dah selesai. Kami terus pergi ke Palm Motor Hyundai Service di Puchong. Tak perlu buat oppointment.. tak ramai sangat orang pakai kereta Hyundai ni di bandingkan dulu aku pakai kereta proton waja. Nak tunggu servis punyer la lama aku rasa menunggu. Kereta Hyundai Elantra aku sebenarnya patut dah kena servis masa 10,000km.. la ni dah 11,000km baru nak servis. Tu uqail tengah cekak pinggang.. haa kasi cepat sikit servis kereta ibu saya yer.
Dalam 2 jam la keretaku di servis akan siap. Kami jenjalan di IOI Mall singgah makan di Pizza Hut di sebabkan perut dah kelaparan. Sedap sungguh makan bila perut betul-betul kosong.
Iqbal dan sara tinggal di rumah jer. Masing-masing dah besar ajak semua kata nak duduk rumah. Kami bertiga jer masa tu. Nampak macam ada anak sorang jer kan… hahaha.
Sedap sungguh pekena sup panas-panas cicah dengan garlic bread.
Dah siap kereta Elantra ku di servis..
Servis kereta Elantra aku untuk kali ke tiga ni aku kena bayar sebanyak RM430.. en abang la pandai-pandai jer servis pakai minyak helix ultra 5w/440 4L.. katanya bagus enjin untuk masa panjang. Next servis 15,000km.. kena datang lagi.. maka sediakan duit sajor yer.