Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Kisah Iqbal Dan Serai ~

$
0
0

20140509_17474720140503_121334

Sajer jer nak update cerita pasal iqbal dan serai. Masa hari cuti aritu aku nak masak lauk masak assam rebus. Sememangnya depan rumah aku dah ada tanam pokok serai.. Minta la tolong iqbal ambik kan serai kataku aku nak masak lauk assam rebus. Bila dah ambik.. hahaha tergelak aku iqbal ambik serai cuma daun serai jer. Pulak tu ambik pakai gunting. Orang ambik serai dari pangkal bawah serai tu dan guna pakai pisau. Terkekek-kekek aku gelak. Dulu pon sama aku suruh ambik daun kari dia pergi ambik daun lalang apa tah kat luar tu..tu anak lelaki.. iqbal.. iqbal..

Gambar atas iqbal malu-malu.. ibu jangan la ambik gambar iqbal nanti ibu masuk kt facebook. Aku kata tak la ibu tak masuk kat facebook ibu masuk kat blog ibu jer.. kihkih. tu yg dia tutup mata tak mampu nak pandang ibu.. malu punyer pasal.. tapi ada senyum.

20140509_174950

Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan.

Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 

Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. 

Serai sebagai 'Pain Killer'
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 

Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 

Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang. 

Agen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Menurunkan tekanan darah
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

Mencantikkan kulit
Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik. Efek dari penggunaan kosmetik yang mengandung daun serai adalah dapat menghilangkan jerawat dan berfungsi juga sebagai penyegar wajah.

Mengubati infeksi kulit
Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati infeksi(jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti infeksi kulit, tipus, keracunan makanan, dapat juga menghilangkan bau badan.

Sebagai diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.

info goggle dari internet.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197