Sudah 3 tahun aku pakai periuk nasi warna putih & kelabu tu. Sempena hari ibu jugak en abang belikan untuk ibu kepada 3 orang anak dia ni. So di sebabkan periuk nasi yang lama tu tempat nak tekan depan tu dah longgar.. tunggu nyawa-nyawa ikan nak tercabut. En abang belikan periuk nasi baru Hitachi warna kegemaranku merah sempena hari ibu akan datang ni. Wahh ni yang buat bersemangat aku nak memasak ni.
Cari kat Harvey Norman Ikano takde stok periuk nasi warna merah yang aku nak. Terpaksa la kami berkejar ke Havey Norman Ampang Point beli kat sana coz kat situ jer satu-satu nyer ada stok warna merah. Masa ni en abang dah minat warna hitam kelabu disebabkan periuk nasi keluaran baru. Tak kira isterimu nak periuk nasi warna merah gak. Kalau tak tak mahu masak.. hahaha demand sungguh.
Walaupon berbagai design dan jenama yang ada.. tapi pilihan hati tetap periuk nasi Hitachi warna merah tu jugak aku nak. Harga Rm399 kalau tak selalu masak tak tahu la. Tapi apepon terima kasih buat en abang coz menunaikan permintaan isterimu sempena hari ibu belikan periuk nasi merah Hitachi tu.. saya suker.. saya suker..
notajariku – alaa.. masak pon untuk keluarga jugak.. lagi pon periuk nasi lama tu dah nak rosak. beli la jer yang baru.