Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Beras Wangi Siam Sedap Di Makan Tapi.. ?? ~

$
0
0

20140501_22564220140513_153443

Hari tu masa birthday uqail ada adik ipar aku cerita pak ngah pada en abang ada beli beras wangi SONGHE dari Thailand untuk di makan hari-hari. Katanya sedap.. tapi kami tak la tahu apa khasiat yang ada kat beras wangi bila di makan. Sebelum tu pergi ke Jusco EON en abang cuba la beli dengan harga RM57.99 10kg. Mahal memang mahal tapi sajer nak cuba makan sedap ker tidak. Kalau harga bawah RM49 tu kira murah la sikit.. cepat-cepat la beli kalau nak merasa tu.. hihi.

20140501_225721

Ni la padi wangi diraja Thailand AAA premium grade lagi yang aku maksudkan cerita kat atas ni.. Songhe yang penting halal. Cantik dan bersih jer beras tu.

20140501_225919

Bila di masak memang la sedap sangat dan rasa nak tambah lagi dan lagi. Wangi jangan cakap.. rasa memanggil suruh tambah lagi makan dan makan. Rupa nyer bila kami pergi giant semalam tanya dekat promoter beras yang ada kat sana. Apa beza beras wangi, beras biasa dan beras taj mahal herbal poney.

20140514_06270120140513_153357

Bila dengar rupa-rupa nyer kalau beras wangi ni memang tak sesuai orang yang ada kencing manis, darah tinggi, gout dan boleh mengemukkan badan. Bila aku dan en abang dengar penerangan promoter kat situ. Alamak rupa nyer.. beras wangi ni memang la tak sesuai dekat aku dengan en abang. Tapi dengan anak-anak memang bagus.. yelah dorang masih budak-budak lagi takde penyakit. Bila makan rasa nak makan lagi.. bila tengok uqail nampak sangat perbezaan sekarang ni.. kuat makan dan makan nasi tu sajer pon boleh. Rasa sedap dan berkanji. Akhirnya aku buat keputusan beli beras Taj Mahal Herba Poney Faiza. Makan banyak mana pon rasa kosong jer.. tak berkanji. Agak-agak rasa nak diet dan kurangkan kebuncitan perut aku dan en abang boleh la makan selalu makan beras ni. Kita tengok lepas ni, menjadi ke tidak maklum la .. umur dah meningkat, kena la jaga pemakanan kita. Semoga lepas ni sihat walafiat la hendaknya.

20140514_06263320140513_175226

Dan yang beras Faiza Moghul Parboiled 5kg ni plak aku perasaan masih baru lagi keluarannya. En abang belikan untuk ayah aku. Ayah aku sememang dah ada darah tinggi dan kecing manis.. Orang tua memang kena makan beras yang kurang kanji dan baik untuk kesihatan. Yang penting boleh membantu mengurangkan dan mengawal berat badan, mengurangkan risiko penyakit jantung, menambahkan tahap kolestrol darah dan mengurangkan rasa lapar dan mengeyangkan dalam jangka masa panjang.

20140513_15335020140513_153343

Gambar atas kanan beras faiza super import yang selalu kami beli dan makan sebelum ni. Dan beras moghul basmathi tu plak yang selalu ayah aku makan. Kali ni kita cuba yang baru beras Faiza Moghul Parboiled plak. Katanya – beras ni merupakan melalui proses unik/khas yang menjadikan mudah di masak, lebih enak dikunyah dek kerana kelembutan teksturnya yang lebih panjang. Takpe la walau mahal sikit beras yang kita beli tu sekurang-kurangnya berusaha ke arah yang lebih sihat. In Shaa Allah.

notajariku – nak tahu lebih lanjut google sendiri untuk keperluan masing-masing ekk Open-mouthed smile


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197