Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Pasang Pakej B.yond Perakam Video Peribadi (PVR) & Rekoder Astro Ke-2 ~

$
0
0

20140114_181025

Sebelum Tahun Baru Cina aritu anak-anak sibuk suruh aku ambik pakej B'.yond Perakam Video Peribadi (PVR). Di sebabkan astro asal yang ada kat rumah aku ni pakej SuperPack orang astro sibuk buat panggilan dan offer pakej ni. Mula dulu kena bayar sekali jer RM50 selepas tu free. Tapi masa aku upgrade pakej PVR ni ada promotion Tahun Baru Cina.. permasangan adalah percuma. Tapi ada tempoh kontrak selama 2 tahun. Suker la anak-anak membolehkan dorang menghentikan, memainkan semula dan menghubungkan siri rakaman serta membuat rakaman jauh.

20140215_12231920140215_122553

Kat atas citer pemasangan pakej B'.yond Perakam Video Peribadi (PVR). Dan yang ni plak pemasangan rekoder astro ke 2. Bila dah ada tempat istirehat baru kat tingkat atas rumah. Anak-anak pon senang nanti kalau nak tengok cerita kegemaran dorang (sebenar nyer makpak yang senang hehehe). Pakej pemasangan adalah percuma juga. Bulanan cumer tambah RM50 dan siaran sama dengan SuperPack (channel movie, sport, mustika, mini dan family). Yuran langganan RM141 sebulan + dengan rekoder ke-2 RM50. Ambik nak dekat RM200 sebulan membayarnya.

20140215_12404820140215_132310

So bila orang astro dah ada.. kami ambik kesempatan minta tolong (tolong2 pon bayar upah jugak kt dorg ni) pasangkan lampu siling yang beli di ikea aritu. Ialah mana la kita orang ada tangga tinggi macam tu. Ada pon tangga pendek. Bila dah pasang lampu dan rekoder astro ke-2 di tingkat atas kami sekeluarga sekali sekala menonton siaran astro. Seronok jugak lepak-lepak bersama keluarga.

20140209_004611

Ni la rupa lampu siling yang beli di ikea. Senang jer nak memasang. Tapi bila dah lama pakai buat kumpul habuk jer aku tengok. Ni pilihan en abang la lampu ni. Tak pe la janji ada dan cantik.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles