Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Jenjalan Di Ikea Cari Lampu Siling ~

$
0
0

20140208_16054620140208_154658

Pergi ikea Damansara nak cari lampu siling kat ruang istirehat kat tingkat atas rumah. Semenjak beli barangan perabot gigih kami sekeluarga mengemas barang-barang yang ada. Iqbal dan sara pon dah tidur bilik sendiri. Tengok punyer tengok lampu siling kat ikea kami ada 2 pilihan. Akhirnya pilih yang gambar yang belah kiri. Sliling di ruang istirehat tingkat atas memang tinggi so kena cari jenis lampu yang tergantung.

20140208_17374720140208_153411

Banyak jugak la shopping di ikea. Cari kerusi belajar yang ada roda untuk iqbal dan sara juga. Rm500 jugak la berbelanja pada haritu. Minta ang pow CNY pon dah habis. Gambar kanan terjumpa member lama ija dengan botak. Lama sungguh kami tak berjumpa last dulu sara masih 5 tahun kalau tak silap.

20140208_174300

Susah bawa si kecik uqail. Kalau bawa sekali stroller pasti uqail tak mahu duduk. Asyik nak berdukung jer. Dah tidur penat la tu.. tunggu en abang antar barang shopping kat kereta dan ambik sekali stroller uqail. Patu nak jenjalan ke The Curve Damansara plak.

20140208_184403

Terjumpa kartun karektor Bananas in Pyjamas. Uqail suker sangat.. kata dia momok.. hehehe.

20140209_000436

Singgah Daiso beli barangan Bento untuk anak dara sorang aku ni. Si sara memang suker bawa bekal.

photo 2

Ni Bento tuk sara dan en abang.. Nasi Goreng Kampung dan Sandwish sardin. Kali pertama buat Bento walaupon tak berhias bagai.. terkejar-kejar rasanya.. hehehe.

20140209_004524

Ni la lampu siling gantung aku yang beli kat ikea. Harga dalam RM199.. boleh la dari tak de. Coz kat ruang istirehat nak tengok TV gelap jer. Yang ada pon lampu tangga. Seronok anak-anak rumah dah kemas ada bilik sendiri ada kerusi nak belajar pon dah senang. Tak gangguan dari adik uqail lagi.

Pergi ikea singgah Harvey Norman kat ikano tengok-tengok jugak penghawa dingin untuk bilik sara dengan iqbal. Tapi tak banyak pilihan plak. Tunggu la nanti nak beli jugak. Sekarang musim panas kesian dengan anak-anak semasa tidur malam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles