Pada 19hb Februari 2014 genap umur en abangku 40 tahun. Ulang Tahun Kelahiran en abang aku dengan anak-anak sibuk pergi Jusco Equine cari hadiah istimewa. Iqbal dengan sara yang teruja nak belikan hadiah untuk ayah dorang. Beli hadiah tapi pakai duit ibu dorg.. huhhh takpe la nak tunggu kumpul duit sendiri bila la plak.. kesian.
Aku siap-siap beli Kek Coklat Indulgence SR kegemaran en abang. Balik dari kerja en abang tengok semua dah siap atas meja ada kek dan hadiah.. konon-konon nak bagi surprise. Wajah en abang ada senyum sikit.. hihihi.
Bergambar dulu.. uqail teruja tengok kek.. dah tahu nak nyanyi lagu happy birthday. Mesti uqail ingat birthday dia.. hehehe.
Aku suker sangat gambar ni. Uqail secara seportan cium aku.. tiba-tiba jer.. comel.
Happy Birthday To You...♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday To You...♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy.... ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Birthday... ♥ ♥ ♥AYAH...♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪...Happy... ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪...Birthday To AYAH....♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪... Happy Birthday To You...♪♫•*¨*•.¸¸♥
Tiup lilin.. syuhhh.. syuhh.. uqail jaga-jaga dik jangan menyembur air liur kat Kek tu.. hihihi
Sedia mula potong kek.. dan makan.
Hadiah dari iqbal untuk ayah tersayang.
Hadiah dari sara untuk ayah tersayang.
Ni plak hadiah dari isterimu tersayang.. anak-anak dengan en abang ingat aku tak bagi apa-apa hadiah. Tapi sebenar nyer ada.. special lagi.
Wajah en abang ada senyum.. aku bagi duit jer. Tahun lepas en abang nak hadiah jam harga dalam ribu riban. Tapi aku bagi hadiah minyak wangi. Tapi kali ni aku bagi duit RM3k.. kesian aritu en abang mintak aku RM5k. Tapi aku sajer tunggu tiba birthday dia.. aku bagi rm3k jer tak yah pinjam2.. belanja la suker hati apa abang nak belanjakan. Tu la hidup suami isteri bila susah kita tolong menolong. En abang pon tak pernah berkira dengan aku. Murah rezeki dia..
En abang macam tak percaya aku bagi hadiah duit kat dia. Berkali-kali tanya betul ker..? aku kata betul la.
Iqbal dengan sara pon terperanjat.. tu tengah kira duit. En abang ingat rm1k jer. hahaha.
Hadiah ingatan dari aku dengan anak-anak untuk ayah & en abang tersayang. Harap abang gembira dengan sambutan tak seberapa dari ana dengan anak-anak. “Selamat Ulang tahun Kelahiran Abang & Ayah”
Buat Ayah & Abang :
- We (Ana, iqbal, sara dan uqail) sayang ayah sangat2...
- Moga sentiasa dimurahkan rezeki
- Diberikan kesihatan yang baik
- Dipanjangkan umur
- Sentiasa dilindungi limpah dan rahmat dari Ilahi
- Terima kasih kerana menyayangi kami dan kami bahagia bersama ayah
Terima kasih sayang membahagiakan hidup kami... we u...
notajariku – en abang berkali-kali kata walaupon kecik mana hadiah di beri dia tetap menerima dengan hati yang gembira. suker kami tengok en abang hapi.