Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Cuti-Cuti Di Johor Bahru Jalan-Jalan Cari Makan – Part III ~

$
0
0

_DSC0516

Masa cuti-cuti di Johor Bahru aritu. Kami sekeluarga jalan-jalan cari makan nak menjamu selera selepas check-in dari Renaissance Hotel semasa dalam perjalanan nak ker KSL Resort & Hotel. Aku ternampak satu Restoran La Mina Café ada masakan Melayu. Bila aku nampak Mi Rebus Johor dan Asam Pedas pon ada. Terus aku ajak en abang makan kat situ. Kebetulan anak-anak semua dah kelaparan.

_DSC0478

Bila masuk jer deco-deco kat dalam Restoran La Mina Café ni sangat unik. Tengok di luar papan tanda Restoran Melayu tapi bila masuk deco-deco sangat cantik dengan belon-belon yang ada macam nak sambut krismas plak. Uqail sangat teruja bila masuk situ. Permainan kereta pon ada.. siap usha kereta-kereta yang ada nak main la tu.

_DSC0490_DSC0499

En abang mula-mula cam kata sedap ker..? aku suruh cuba dulu. Kalu tak cuba mana tahu kan. Menu en abang Mee Rebus Muar. Nampak sungguh menyelerakan. Aku pantang kalau nampak lauk Asam Pedas pasti aku order.

_DSC0504_DSC0506

Iqbal dengan sara makan Nasi Goreng Kampung Ayam. Uqail tak moh makan cuma makan ayam sikit jer. Leka main mainan kat situ jer.

_DSC0511

Abang layan adik main kereta.

_DSC0508

Susah nak bagi uqail makan. Fav makanan dia ayam, nugget, maggie.. makanan macam remeh-remah keropok bagai uqail makan. Leka sungguh bermain..

_DSC0497

Perghhh.. meletoppppsss Asam Pedas. Memang tak rugi singah makan kat Restoran La Mina Café ni. Ni menu aku punyer Asam Pedas ikan merah set dengan Nasi Putih dan sambal belacan harga dalam RM12.90.

_DSC0488

Mee Rebus Muar saiz besar en abang punyer menu. Sedap jugak.

_DSC0502

Menu Nasi Goreng Kampung Ayam iqbal dengan sara punyer.

_DSC0484

Minuman kami yang di order.. sirap ais, the o ais dan milo ais.. sejuk jer tekak masuk perut.. hehehe

_DSC0689

Gambar atas hari ke-2 makan situ.. repeat balik. En abang dah gila makan kat situ. Menu en abang Mee Rebus Muar tapi bila rasa menu aku Asam Pedas ikan merah. Terus rasa cinta nak makan kat situ lagi. Siap bungkus bagai bawa balik hotel. KSL Resort & Hotel pon tak jauh dari Restoran ni. Sedap sangat set Asam Pedas Ikan Merah tu.

20140216_170434

La Mina Café

No. 15 Jalan Harimau Tarom

Taman Centuary 50250 Johor Bahru

Call : 07-3337740

FB : https://www.facebook.com/laminacafe

Kat atas kad dan alamat Restoran La Mina Café. Boleh la sesiapa yang tercari-cari makanan yang sedap di Johor Bahru boleh cuba. Memang sedapp. Kalau aku turun ke Johor harus singgah lagi makan kat situ.

notajariku – entry ni dari sambungan – Cuti-Cuti Di Renaissance Hotel Johor Bahru - Part I dan Cuti-Cuti Di KSL Resort & Hotel Johor Bahru – Part II.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles