Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Seronok Betul Dapat Beli Perabot Murah ~

$
0
0

20140125_112600

Kisah sebelum Tahun Baru Cina aritu. Kak Long aku ada kata member opis dia tiap-tiap tahun ada offer barangan Perabot terus dari kilang nak di jual dengan harga murah. Kira barangan reject.. mungkin ada sikit-sikit rosak. Kalau nak pilih barangan semua tak banyak.. setiap barang ada satu atau dua item jer. Melainkan kerusi makan.

20140125_112910

Bila aku dengar terus aku tengok gambar kat pen drive yang kak long aku bawa balik. Bila aku pilih barang pasti nak dekat 5 pilihan jugak la benda yang sama jenis. Kalau tak de barang ni ambik barang tu. So tak banyak kerja member opis kak long aku tu. Kesian kan.. dia nak tolong dan tak dapat komisen pon. Yang kerja kat kilang perabot tu isteri kepada member kak long. Offer kat kawan-kawan terdekat jer. Kalau orang luar yang tak kenal memang la tak dapat beli. Kira aku ni beruntung la dapat beli perabot murah yang sangat.

20140125_112914

Masa ni pergi sendiri dengan kak long aku di kawasan perindustrian semenyeh N9. Sewa lori datang kat situ. Nasib la ada alat pengangkat barang berat ni. So tak payah la susah payah orang lori tu angkat perabot aku tu. Barangan perabot aku ni memang berat sangat.. diperbuat dari kayu berkualiti. Patut la kat Malaysia tak jual semua di export barang ke luar negara.

20140125_11322820140125_113302

Bergambar dengan member isteri dan anak tunggal kak long aku.. ina. Bekerja di kilang bahagian opis. Terima kasih la banyak-banyak coz offer beli perabot kat kilang ina. Suker sangat perabot yang di beli walaupon ada kurang sikit tentang cermin rak TV yang di beli. Gambar kiri adalah barangan perabot aku dengan kak long aku pilih. Jom tengok harga yang aku dapat.

Aku punyer perabot

– Contour 3 door 2 Drawer Wall Entertainment Unit harga RM250

- Reflection 6 Drawer Dressing Table & Dressing Mirror harga RM280

Kak Long aku punyer perabot

- Campaign Bar Stool (Fabric Seat) harga RM80

- White Bedside Table harga RM80

Jumlah harga Perabot RM530 + RM180 (sewa lori) = RM710

Kak long aku punyer tak yah kira la.. aku punyer masih lagi murah walau pon harga RM710. Ina cakap kalau harga luar negara mahu 5 kali duit kita. Di lain entry aku akan kuarkan gambar perabot yang dah siap letak di ruang tamu dan dalam bilik. Rumah dah siap kemas bagai.. kalau tak macam kapal nak belayar. Barang banyak stor kat umah takde. Penat.. penat sangat mengemas masa hari yang sama sampai barang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles