Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Cuti-Cuti Di KSL Resort & Hotel Johor Bahru – Part II ~

$
0
0

2631759-KSL-Resort-Johor-Bahru-Hotel-Exterior-1

Sambungan dari entry cuti-cuti di Renaissance Hotel Johor Bahru – Part I. Lepas jer bermalam semalamam di Renaissance Hotel. Malam ke2 dan ke3 kami sekeluarga bermalam di KSL Resort & Hotel plak. Sajer nak merasa stay di Hotel yang ada Mall dan Water Theme Part. Mesti anak-anak suker. ( gambar ihsan dari google)

_DSC0520

KSL Hotel ni masa nak checkin punyer la ramai orang. Nasib la aku dah booking melalui agoda so kira cepat sikit la. Kalau tak panjang nak Q. Bilik yang kami booking biasa jer katil super single harga dalam RM380 rasa nyer.

_DSC0525

Bilik cantik, bersih dan selesa. Bilik di Hotel KSL terdapat dalam 800 bilik. Masa booking tinggal sikit jer bilik yg tinggal. Naib la cepat booking.

_DSC0539_DSC0541

Masa sampai anak-anak nampak sign board Dinosaurs Alive Water Theme Park di level 7. En abang dengan anak-anak tak percaya ada Water Theme Park kat KSL Hotel ni. Bila dah naik atas nampak plak pool dari atas. Apa lagi anak-anak dah teruja nak mandi manda.

_DSC0554

Petang tu iqbal dengan sara jer turun mandi. Aku en abang dengan uqail lepak bilik jer. Gambar ni kami mandi manda sebelah pagi keesokkan. Masa nak check in punyer la ramai tapi kat pool orang tak ramai. Syokkk betul anak-anak mandi.

_DSC0552

Mungkin sebab hujan renyai-renyai kot. Uqail mandi pon sekejab.. air kolam sangat sejuk.

_DSC0558

Belakang Dinosaurs tu KSL Resort & Hotel tapi bilik apartment. Setengah masih di ubahsuai.. dengar bilik apartment tak banyak sangat yang masuh di buka. Tengok kat agoda murah jugak harga stay di apartment.

_DSC0546

Ni pintu masuk di Dinosaurus Water Theme Park.

_DSC0621_DSC0677

Masa kami masuk Water Theme Park kena scan kad pintu. Rasa nyer kalau orang luar kena bayar adult RM50 dan child RM30. Dan kat situ nak sewa pelampung dan sewa loker pon ada bayar jer deposit dan duit sewa.

_DSC0566

Iqbal, sara dan uqail dah teruja nak mandi manda.. yahhh splashhhh jommm.

_DSC0573

Uqail seronok split.. abang kakak tunggu kat bawah. Aku takut betul masa ni kalau uqail bangun mahu tergelincir jatuh.. huhh seriau beb!!.

_DSC0604

Peace yooo..

_DSC0632

Iqbal sibuk nak sewa pelampung yang lagi besar dari tu. Aku kata tak payah la sewa yang kecik jer. Kang besar2 camne la nak kawal. Iqbal… iqbal.. Pelampung tu sewa RM15 deposit RM10.

_DSC0633

Ayah seronok tengok anak-anak mandi.. snap gambar sekali.

_DSC0616

Gelongsor tak berapa banyak kat sini. Anak-anak kata tak best. Lagi best kat Bayou Resort Melaka.

_DSC0637

Memang betul Dinosaurs tu bergerak dan hidup la.. hihihi tak la cumer bergerak betul-betul macam hidup. Uqail tengok takut kata nyer momok… (hantu) kelakar uqail.

_DSC0641

Bila tengok anak-anak seronok.. ibu ayah pon seronok. Tak pe cuti-cuti sekolah. Nanti dah bermula sekolah kita stop sekejab jenjalan ni. Abang pon dah nak periksa besar dah UPSR.

_DSC0652_DSC0562

Uqail dah puas mandi.. sejuk dah.

_DSC0660

Ibu dengan uqail.

_DSC0667

Uqail berlatar belakang pintu masuk ke Dinosaurs Water Theme Park. Besar sungguh mulut Dinosaurs.

_DSC0671

En abang lepak dengan uqail sementara tunggu iqbal sara mandi manda di pool.

_DSC0710

Aktiviti kami sekeluarga 2 malam stay kat situ sebelah malam kami turun jenjalan di Mall jer. Sangat seronok macam-macam ada.. paling murah segala cover hp dan barang lain pon banyak kalau nak shopping.

_DSC0707

Masa ni kami dah nak check out dah. Bergambar dulu… memasing dah kelaparan nak makan di restoran assam pedas. Dah 2 kali makan tempat yang sama.. en abang suker makan kat situ. Entry lain kita citer yer.

_DSC0717

Di luar bilik depan lift.. semua tingkat luar tu kaca. Sangat seriau kalau uqail berdiri di tepi tu.

_DSC0730_DSC0735

KSL Resort & Hotel ni ada 2 Tower. Bilik kami di Tower 2. Dan gambar kanan Infusion Café Restaurant. Kami tak ambik sarapan pon stay situ.. malas arr.. tentu-tentu ramai orang.

_DSC0744

Laluan nak ke lift Hotel.

_DSC0532

NI kami di J.Co Donut masa di Mall. Shopping.. lepak..makan.

20131223_205537

Uqail pon dah penat nak jalan.. kami suker shopping di Mall KSL. Banyak pilihan dan barang yang ada.. best sangat. Itu pon macam tak puas jalan. Dalam pukul 1 kami gerak pulang.. makan di Restoran Assam Pedas lepas tu singgah Johor Premium Outlet JPO dan jumpa anak buah en abang belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor.. baru tahun pertama. Alhamdulillah dalam pukul 1 pagi kami sekeluarga selamat sampai di home sweet home.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles