Citer cuti-cuti kami pada 21hb Disember 2013 aritu. Sebenar nyer kami cuti-cuti di Johor Bahru ada client KWSP opis en abang buat Majlis Perkahwinan di Sangkar Kristal JB. Sambil menyelam sambil minum air.. kira dah sampai JB en abang kata kita bawa anak-anak cuti sekali. Lagi pon cuti sekolah aritu kami tak bawa anak jenjalan jauh. So apa lagi bagaikan mengantuk di sorong bantal.. suker la aku dengan anak-anak.
Kat belakang tu la Sangkar Kristal agak nyer.. gambar kami sekeluarga. Awal kami sampai. Datang dari jauh sampai perut dah lapar.. makanan pengantin agak kurang rasa. Yang betul nyer tak sedap langsung. Kena jujur tak sedap kata tak sedap.
So bila dah sampai Johor Bahru. Kami ingat nak bermalam di KSl resort Johor Bahru. Datang tak booking mana ada bilik dah la nak cuti Krismas. Semua bilik penuh. At last kami bermalam di Renaissance Hotel jer. Jauh jugak dari Bandar Johor Bahru.
Nasib bilik ada.. hotel sangat cantik dan selesa. Ingat mahal sangat rupa nyer ok la harga bilik yang kami dapat.
Ambil bilik yang ada 2 queen size beds dengan harga RM480 semalam. Bilik besar dan katil sangat selesa. En abang kata air mineral yg letak kat luar tu harga Rm25 sebotol jangan sentuh dan minum. Ambil yang free kat dalam bilik air jer..ok. hahaha.
Sampai jer anak-anak lepak dulu main games. Tak sabar nak terjun kolam.
Bila makan kat Majlis orang kawin tadi tak kenyang. Talipon MCD antar kat hotel. Anak-anak dah kelaparan. Makan dulu sebelum turun mandi pool.
Hotel yang sangat selesa. Dapat bilik 0908 tingkat 9. Sara aku belikan baju mandi baru. Baju mandi lama dah ketat dan seksi. Tak mahu pakai lagi malu kata sara.. baru la sopan.
Ibu dorang pon beli baju mandi baru. Tapi mandi nyer sekejab jer. Sejuk terus naik.. yoyo..oo jer.
En abang layan uqail mandi pool.
splash.. suker nyer uqail dapat berendam dalam air.
Sara dengan iqbal bila dapat mandi pool tak ingat dah ayah ibu.
Macam orang besar uqail pon nak mandi tempat dalam. Mana boleh adik.. Kakak dan abang pon tak jejak kaki kat dasar kolam tu.. bahaya.
Uqail masa ni dah layu. Sejuk kena pulak angin sepoi-sepoi kat situ. Sekejab tu uqail dah lena.. hahaha. Baru la abang, kakak dengan ayah boleh mandi dengan tenang kat tempat kolam dalam.
Kat hotel kami order room servis jer. Order Nasi Goreng kampung Special dan Fish n Chip. Ingatkan aku nak makan kat luar pekena Tom Yam panas. Bila keluar tak nampak plak restoran Tom Yam. Last2 beli mee maggie makan kat bilik hotel jer tengah malam tu. Anak-anak pon join sekali.. lapar jer dorang.
Sungguh senang dalam hati makan atas katil.. makanan siap di hidang.
Iqbal dengan sara selera makan. Pujuk ayah order makan kat hotel jer. Badan dah penat mandi kolam keluar nak makan pon dah malas memasing.
Pepagi sarapan di Coffee House Renaissance Hotel. Menu banyak pilihan. Seronok makan tempat pon bersih dan cantik.
Kita bergambar dulu sebelum makan.. sedappp.
Pepagi dapat makan pizza panas.. nasi lemak sambal udang.. nyummmy.
Semua aku tengok kebanyakkan makanan berkhasiat dan simple.
Lepas sarapan pagi.. iqbal sara sibuk nak mandi kolam. Kami lepas kan jer dorang mandi berdua. Tak pe sekarang dorang dah boleh mandi dan berenang kat tempat dalam. So tak perlu risau macam dulu-dulu.
Perut kenyang senang hati. Jom balik bilik.
Lepas jer iqbal dengan sara dah puas mandi kolam. Dalam pukul 1 kami gerak check out dari Renaissance Hotel. Pindah KSL Resort di tengah Bandar JB plak. Nak merasa bermalam kat hotel KSL. Dengar hotel tu bagus dekat dengan Mall dan ada Dinosaurs Water Theme Park.
Iqbal dengan sara sibuk nak bermalam kat Renaissance Hotel lagi. Dorang suker sebab hotel Renaissance ada Gym dan sauna. Kolam renang pon best dalam katanya. Tak pe la lain kali kita datang lagi. Kita cuba bermalam kat KSL Resort dulu.. mesti abang kakak suker.
Sara suker sangat nak bergym plak sekarang ni.. layan jer lakan.
Sebelum berangkat pulang kita bergambar di sekitar lobby hotel.
Kami sekeluarga pakai t-shirt yang aku tempah aritu. Siap ada gambar kami sekeluarga dan nama lagi di tepi lengan t-shirt memasing.. seragam gitu.
Uqail usha dengan benda bulat-bulat tu. Bagi main sekejab lepas tu kami berangkat nak cari tempat makan plak. Jalan-jalan cari makan ternampak satu restoran ni.. pekena masak assam pedas kat situ. Perghh sedap sangat berselera en abang makan. Dua kali jugak la kami makan tempat yang sama siap bungkus bawa balik hotel lagi. Nanti kita citer di sambungan part II plak.
Video anak-anak dengan ayah dorang masa mandi–manda di pool Renaissance Hotel JB.
Dec 21, 2013 |Kita tengok siapa yg menang @ Renaissance Hotel JB by ikiqzana on Keek.com