Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Di Minta Hadir Ke Sekolah ~

$
0
0

20140122_115805

Dapat surat dari sekolah di minta ibubapa hadir pada tarikh 22 Januari 2014 masa 12 tengahari di kelas masing-masing. Kedatang adalah Wajib. So bila wajib harus la datangkan ambil wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100. Bila 2 orang anak bersekolah dapat la RM200.

20140122_12100920140122_121126

Masa ni uqail banyak ragam. Kelas iqbal dengan sara dah la tingkat 3. Uqail tak mahu berjalan nak berdukung kerjanya. Waduhh.. letih melayan. Lain kali tak yah bawa tinggal dengan nenek. Masa ni jumpa Cikgu Faridatolakma kelas 6 Budiman.

20140122_11542920140122_115613

Sara dengan kawan-kawan kelas. Terperanjat aku tengok kawan-kawan sara saiz badan dorang kecil-kecil di bandingkan anak aku. Anak aku yang terlebih makan ker atau kawan sara yang tak cukup makan. Masa ni jumpe Cikgu Zaiti kelas 4 setia.

20140122_121420

Iqbal pon sama besar sungguh saiz badan dari kawan-kawan. Dapat jer wang bantuan khas awal persekolahan terus aku bayar RM150.00 untuk Program Kecemerlangan Akademik UPSR 2014. Tahun ni iqbal akan menduduki peperiksaan besar UPSR. Harus ibubapa dapat membuat tindakan dan perancangan yang sewajarnya demi kecemerlangan akademik anak-anak. Iqbal akan hadir program didik di sekolah bermula dari Februari hingga Ogos. Isnin dan Selasa  pukul 8 hingga 10 malam (kelas malam).

notajariku – iqbal target nak dapat UPSR 5A.. In Shaa Allah.. ibu sentiasa mendoakan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles