Cerita uqail demam panas aritu betul-betul merisaukan aku. Agak-agak dalam seminggu jugak la selepas kami sekeluarga balik dari cuti-cuti Di Johor. Pagi Ahad tiba-tiba badan uqail panas betul-betul panas. Risau sangat aku bila anak demam.Tengok bibir uqail merah sangat.. panas dalam badan agak nyer.
Bila tengok uqail rasa tak bermaya dan tak aktif macam biasa. Terus aku bawa berjumpa Pak Cik Karim. Pak cik karim ni pandai tawarkan air dengan baca ayat-ayat suci Al-Quran. Kita hanya merancang tapi Allah sajer yang mampu menyembuhkan anakku ini.
Dalam 3 hari juga la uqail demam panas. Aku tidur pon tak lena. Setiap saat akan aku lap kan badan uqail dengan tuala basah. Alhamdulillah.. Syukur sangat demam uqail dah kebah. Tapi bila demam dah baik kahak dan selsema pula datang. Pergi ambik ubat di Klinik Pakar Kanak-Kanak Ting Puchong. Doktor cadangkan kalau nak baik kena ambik gas dalam 3 kali datang. Cepat nanti kahak cair dan keluar. Turutkan sajer demi anakku.
Susah betul uqail nak bagi ambik gas. Kena paksa.. kalau uqail nangis lagi bagus senang gas terus dalam paru-paru. Tak pe nangis pon nangis janji cepat baik yer sayang.
Wajah-wajah uqail selepas baik dari demam.
Syukur sangat uqail kembali aktif. Selera makan pon bertambah. Tu la agak nyer uqail demam nak membesar la tu. Bila bagi makan kali ni punyer la banyak tak seperti sebelum demam. Bila anak demam ibu pon jadi tak sihat. Tak cukup tidur tak cukup makan.. walaupon pon begitu.. untuk anak tersayang pastinya kita nak yang terbaik untuk mereka.
notajariku – masa ni uqail lama sungguh tak demam. Masih menyusu badan sebab tu la antibodi uqail kuat. Bulan 4 ni uqail cukup 3 tahun. Nak ceraikan susu badan.. sekarang ni pon tengah usahakan.. sapu garam. sabar jer la.