Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Cerita Iqbal & Sara Bermula Persekolahan 2014 ~

$
0
0

20140102_112755

Bermula sudah sessi persekolahan untuk 2014. Anak-anak tersangat la suker nyer bila sekolah di buka kembali. Seronok katanya dapat jumpa kenkawan sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Ni citer sebelum buka sekolah aritu. Persiapan kepeluan sekolah awal bulan 12 aku dah siap-siap beli dari buku, baju, seluar, kasut, bag, alat-alat tulis dan botol air. Semuanya baru untuk 4 helai seminggu. Satu hari pakai baju kokurikulum.

20140119_20265420140119_204605

Tanda nama dan rencana Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya Bangsar pon aku dah siap jahit kat baju sekolah. Mesin jahit ada senang sangat tak payah susah payah nak hantar tailor.

20131219_170043

Ni baju sekolah yang dah siap di gosok. Awal 3 minggu sebelum bermula sekolah aritu. Gigih aku buat persiapan awal. Senang nanti nak berjalan.. coz pada 21hb Disember kami sekeluarga cadang nak turun ke Johor Bahru.

20140112_173348

Masa ni di Professor Mid Valley cari baju t-shirt sara nak masuk persatuan Tunas Puteri Malaysia. Nak pakai masa hari kokurikulum sekolah pada tiap-tiap hari Rabu.

20140112_17431420140102_114256

Nak cari t-shirt lengan panjang takde. Tapi belikan jugak la t-shirt yang pendek nanti boleh pakai inner hitam. Gambar kanan hari pertama sara masa aku datang sekolah dorang. Sara masuk kelas 4 Setia di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya Bangsar (SKBB).

20140103_145753

Tugasan sebelah petang pula pergi ke Sekolah Agama iqbal dengan sara. Bayar apa yang patut. Senang semua dah selesai. Alhamdulillah peperiksaan besar sekolah agama UPKK dah habis tapi tahun 6 ni iqbal akan menduduki peperiksaan UPSRA pulak. Keputusan UPKK aritu iqbal dapat keputusan 3A 2B 3C. Xpe la lepas ni boleh tingkatkan usaha lagi dan dapat menjawab soalan dengan tenang.. amin.

_DSC0843

Hari pertama sekolah pukul 5.30 pagi dah bangun. Teruja dan seronok nak jumpa kawan-kawan setelah cuti panjang. Wajah anak-anakku di pagi hari sebelum bertolak ke Sekolah. Ayah dorang yang hantar aku kemudian baru sampai dengan si kecik uqail. Lepas jer urusan sekolah anak-anak dah selesai aku lepak kat rumah mak di Bangsar. Bila anak-anak dah besar tak de la penat sangat.. tak macam dulu masa dorang kecil kena tunggu la dalam 2 hari kat sekolah. Terutama sekali iqbal penat nak melayan.

notajariku – semoga iqbal dan sara akan menjadi anak yang baik, pintar dan maju dalam pelajaran. Dan yang penting berjaya didunia dan akhirat.. amin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles