Sayangkan anak gigih aku belajar sendiri nak buat Kek Barbie. Belajar cumer di Youtube cara-cara macam mana nak mendekokan Kek Barbie. Mula-mula ingat susah bila dah buat sendiri senang sangat. Sara bila kata aku nak buatkan Kek Barbie sempena Hari Lahir dia yang ke-10 tahun. Suker teramat la sangat. Hasil nyer gambar di atas air tangan aku sendiri. Memang la puas bila dapat buatkan Kek Barbie untuk anak sendiri. Ni kalau tempah kat luar mahu dalam Rm100 jugak.
Mula-mula warna skrit unggu tu nak buat warna biru. Tapi bila dah buat rasa tak cantik warna unggu tu. Nampak warna lebam. Tapi tak pe la lain kali kita boleh buat lagi Kek Barbie.. main warna mesti cantik.
Ni plak Kek Cawan untuk kawan-kawan sekolah sara. Siap ada nama-nama kawan kelas lagi. Sara ni suker sangat jamu kawan-kawan makan. Tak heran la kalau si sara ni ramai kawan di sekolah.. peramah.
Siap sudah Kek Cawan perasa vanila nak di bawa sekolah pagi Khamis hari tu.
Ni la bahan-bahan nak buat Kek Barbie sara. Mula nyer nak buat kek sehari sebelum tapi patung barbie tak de plak jual di kawasan rumah aku.
At last kakak aku kata dekat Sg Besi ada satu kedai bakeri. Terus aku pergi beli patung Barbie kat situ. Bagus jugak la kedai bakeri ni banyak bahan-bahan buat kek. Senang lain kali boleh pergi sini lagi. Balik dari membeli terus aku buat projek Kek Barbie sara. Malam tu siap potong kek dengan kawan-kawan jiran kat rumah.
notajariku – seronok sara dapat Kek Barbie dan Kek Cawan.