Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Cuti-Cuti Di A’Famosa Melaka – Cowboy Town ~

$
0
0

_DSC0441

Sambungan dari entry di sini. Waktu operasi Cowboy Town dari pukul 6.00 petang hingga 12.00 pagi dan show Red Indian start pukul 8.30 malam dan Animal musical Canival Parade start pukul 9.15. Dan persembahan carnival terakhir bunga api kebaboomm. Kami dapat tiket percuma 2 dewasa dan 2 kanak-kanak menginap di D’Savoy Condominium A’Famosa Melaka. Pergi ke kaunter terus untuk penembusan tiket.

_DSC0443

Sampai jer kat situ uqail masih tidur. Orang punyer la ramai masa nak ke tapak carnival show. Kami dapat tempat duduk kat area tengah. So tak perlu risau semua persembahan boleh tengok dengan jelas.

_DSC0447

Kat area sini bermacam-macam cenderahati dijual. tapi kami tak beli pon.

_DSC0449_DSC0450

Bergambar dulu sebelum show bermula.

_DSC0452

Uqail masih tidur. Sempat jugak kami sampai sebelum show bermula.. iqbal dengan sara dah teruja nak tengok persembahan.

_DSC0455_DSC0456

Persembahan abang-abang Red Indian.. sembur sana.. sembur sini. Bau minyak tanah jer. Masa ni abg red indian ni ada datang kat depan kami duduk ni nak sembuh api. Bila dia nampak uqail ada sedang tidur lansung tak jadi.. kang di sembur tak pasal-pasal terbakar lak. Huhh menakutkan jer.

_DSC0481

Terbeliak mata uqail.. baru bangun tidur. Tak keruan tengok persembahan kat depan mata.

_DSC0487

Bergambar dulu dengan ibu yer.

_DSC0479

Persembahan patung-patung comel.. siap flying kiss dengan uqail.

_DSC0489

Uqail teruja tengok persembahan.

_DSC0504

Abang-abang dan kakak Red Indian tengah nak buat show.

_DSC0518

Masa ni uqail seronok tengok persembahan Animal Circus macam-macam binatang ada. Boleh bagi makan gajah sepeket tebu rm5.

_DSC0524

Persembahan binatang-binatang plak seperti burung, kambing dan ayam. sunguh mencuit hati tengok gelagat si ayam-ayam berlari terkedek-kedek.. jinak sungguh mesti dah berapa kali buat latihan.

_DSC0551

Persembahan carnval kereta berhias.. sangat cantik. Masa ni aku dah berlari kat seberang. Takut dengan ular pekerja kat situ suker-suker jer taruk ular kat leher orang. Sebelum kena kat aku baik aku cabut lari.. Mak geli ko dengan ular.. bagi seribu pon aku tak nak.. huhh.

_DSC0559

Persembahan terakhir menari ramai-ramai.. semua orang ramai turun kat bawah menari terkinja-kinja.. kami sekeluarga tengok jer.. seronok plak.

_DSC0565_DSC0579

Dalam pukul 10 malam diakhiri dengan pertunjukkan Bunga Api. Uqail masa ni seronok sangat tengok bunga api kebaboom kebaboom… di peluk ayah kuat-kuat. Nasib hari kami datang tu cuaca sangat baik.. tidak hujan. Kalau tidak rasa ralat kerana semua aktiviti akan dibatalkan. Dah la semalam jer kami tidur kat A’Famosa Melaka.

_DSC0585

Lepas jer semua persembahan dah abis.. kami keluar main-main permainan kat luar pulak. Naik kereta berhias.

_DSC0590

Uqail berkali-kali naik kapal terbang ni. Ayah pon sekali naik.. layankan jer la.

_DSC0608

Bergambar dulu sebelum balik.

_DSC0611

So memang tersangat la berpuas datang kat situ. Macam-macam aktiviti anak-anak dapat lihat. Bila dah puas berjalan-jalan kat luar terus kami berangkat pulang. Cari tempat makan anak-anak semua dah kelaparan. Balik bilik semua dah kepenatan. Tidur awal coz esok tu plak kena check out awal nak singgah mandi manda di Water Theme Park plak. Ada sambungan entry terakhir di A’Famosa Melaka. okey bai.

notajariku – done entry di Cowboy Town Melaka.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles