Pada 22hb hingga 24hb November 2013 yang lepas. Kami sekeluarga bermalam 3 hari 2 malam di ilham Resort Port Dickson Batu 10 Tanjung Biru. Minggu pertama cuti sekolah anak-anak sangat teruja nak berendam dalam kolam. Dari bulan 6 lagi aku dah buat tempahan siap ambik bilik bawah depan kolam renang. Senang coz ibu mertua aku pon pergi sekali.. orang tua kan sakit lutut.
Bila masuk jer bilik memasing tak sabar nak mandi kolam. Punggung pon tak panas lagi. Ayah dorang la yang melayan uqail. Tak padan si kecik cam orang besar nak ikut kakak ngan abang mandi kat kolam dalam.
Belom apa-apa dah sibuk mintak duit nak beli ais krim. Sara ngan adik uqail ais krim adalah kegemaran dorang. Layan kan jer la.
Dapat bilik bawah la paling senang anak-anak nak mandi. Buka jer pintu nampak kolam. Senang belari jer dari bilik terus terjun kolam. Aku kalau pergi ilham resort memang suker ambik bilik bawah depan kolam renang. Bayar extra pon tak pe janji untuk keselesaan kami sekeluarga.
Memasing splash… wahh.. suker bangat. Uqail la sangat teruja dapat berendam mandi kolam.
Peace yooo… uqail pon nak buat peace..tapi tak jadi.. hahaha
Shahmie, shafik dan boy sepupu iqbal belah ayah dorang pon ada sekali ikut mak usu datang.
Ramai jugak la orang datang bercuti bersama keluarga.. maklum la cuti sekolah.
Uqail dangan ayah.. tahun 2011 tempat yang sama pon uqail berdiri atas tapak tangan ayah. Sekarang uqail dah besar dah.
Ibu mertua dan adik ipar aku bersama anak angkat dia pon ada sekali datang.
Bawa uqail jenjalan sekitar Resort. Cantik sungguh permandangan Ilham Resort ni. Sejak tahun 1995 lagi aku dah selalu bercuti di sini. Maklum la staff PNB dapat la harga staff tersangat la murah.
Kebersihan dan keselesaan menjadi keutamaan di ilham Resort ni.
Uqail tak senang duduk asyik nak berlari di sekitar padang nak main bola.
Suker-suker sangat anak ibu ni dapat lepas.
Main bola dengan ayah.
Hari ke-2 berendam lagi puas-puas sebelum berangkat pulang.
Bila balik rumah muker Iqbal dengan Sara hitam jadi nyer. Tu la berendam lama sangat.. panas plak tu. Mengelupas kulit dorang.
En abang bergambar dengan anak-anak.. tahun demi tahun semakin besar dah anak-anak kami.
Sekejab jer anak dara aku ni dah besar. Sekarang dah malu pakai baju mandi yang ketat-ketat. Tak pe nanti ibu belikan baju mandi lain yer. Kat belakang sara tu la bilik apartment kami menginap.. betul-betul depan kolam.
Bergambar dengan si comel uqail.
Dekat Ilham Resort ni pon ada banyak aktiviti Karnival Cuti Sekolah.
Kita bergambar sepuas-puas nyer.
Ni laluan nak ke Laut dan ada café tempat makan-makan.. seronok macam2 menu ada seperti ABC, ais krim, menu bergoreng dan sessi berkaraoke.
Seyummmm…
Kat apartment penginapan kami tak masak pon. Cumer beli makan di luar dan order room servis jer.
Semua kelaparan makan nasi lemak dan roti canai.. itu pon dah sedap dorang cakap.
Lepak-lepaking dalam bilik.. seronok dapat berkumpul bersama sepupu sepapat.
Dalam pukul 1 tengahari kami semua check out.
Bergambar kami sekeluarga depan Ilham Resort Port Dickson. In Sya Allah panjang umur boleh datang lagi.
Memasing muker kepuasan dapat bercuti-cuti di Ilham Resort Port Dickson. Lepas jer kami bergambar ni terus pergi makan di Teluk Kemang Restoran Assam Pedas dan singgah di Nilai. Kemain seronok ibu mertuaku dapat beli pasu kat sana. Sakit lutut pon dah jadi sihat.. laju jer berjalan.. hihihi.
notajariku – setakat ni sajor cerita cuti-cuti kami di ilham Resort PD lepas ni tak tahu destinasi seterus nyer.. Plan nak bercuti di Hong Kong tapi bapak tak kirim lagi duit dari sana… muhahaha.