Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Koleksi Pelekat Magnet Ku ~

$
0
0

fmslide3

Sejak dari dulu aku sudah mengumpul berbagai-bagai jenis Pelekat Magnet. Kat atas ni la di antara Pelekat Magnet yang aku kumpul sejak dari dulu. Setiap kali melancong ke luar negara atau dalam negeri pelekat magnet yang di cari terlebih dahulu berbanding ole-ole yang lain. Ada juga dari kengkawan yang bagi atau aku beli melalui online. Di antara pelekat magnet yang aku kumpul lebih suker di perbuat dari getah berbanding seramik atau porselin. Cantik dan comel kan pelekat magnet kat atas ni.

fmslide2

Pelekat Magnet kat atas kanan kawan masa beli papan pelekat magnet yang bagi. Fraser’s Hill adik perempuan aku yang bagi. Serawak jiran aka liza yang bagi dan penang dan pangkor aku beli melalui online.

fmslide1

Dan yang ni penang fiza FB bagi. Thailand adik lelaki bagi. Dan yang bawah semua beli melalui online.

20131111_145410

Semua pelekat ni kecuali kuantan member aka liza yang bagi. Yang lain beli online.

20131205_201528

Tengok dah penuh di papan pelekat magnet aku.. Fanatik sangat mengumpul pelekat magnet sejak 10 tahun yang lalu. Nampak nyer nak kena tambah beli baru papan pelekat magnet lagi. Penuh satu rumah.. hahaha.

20131205_201510

Kat microware oven aku pon dah penuh. Sabar jer la laki aku bila menegoknya.

20130918_221305

Ni la shima muzz member di FB. Aku order kat dia papan pelekat magnet dengan harga RM90 4x2. Abaikan jer la muker aku yang tak semegah.. memandu dari rumah Taman Puncak ke Putrajaya. Nasib anak daraku temankan.

20130918_23172720130918_231627

Uqail suker sangat bermain dengan pelekat magnet aku. Ada yang dah jatuh dan berkecai di buat oleh budak kecik ni. Tapi kalau ada pelekat yang boleh di selamatkan pasti aku akan cantumkan semula kepada bentuk asal mengunakan gam. Sayang nak membuang koleksi yang aku belanjakan diantara rm10 hingga rm30 la bagi setiap pelekat magnet ni. Sabar jer la wahai hati.

nota jariku – klu kengkawan bloggers kumpul fm ni nak tukar suker sama suker bole la yer.. bagitahu jer.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197