Image may be NSFW.
Clik here to view.
Aduduhhh… seriau tengok dagu uqail terbelah dan berdarah. Cerita bulan lepas. Alkisah nyer.. uqail terkinja-kinja atas kerusi makan sambil tengok aku buat kek. Tiba-tiba kaki uqail sebelah tergelincir sebelah kerusi akibat nyer dagu uqail terkena meja makan. Melalak tak ingat.. sakit sangat la tu. Mana tak nyer meja makan aku tu jenis mable keras tu. Aku pon jadi tak keruan menengok uqail. Kalau la tergigit lidah mahu putus.. syukur la tak.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Masa ni uqail masih menangis.. kesian tengok. Mula-mula nak bawa pergi klinik. Tapi bila tengok betul-betul terbelah dalan setengah inci. Kalau pergi klinik tentu-tentu kena jahit. Fikir-fikir lebih baik tak payah.. kesian uqail nanti takut sakit lagikan.
Baru-baru ni pon kena lagi jatuh dari almari dekat tv. Berdarah belakang kepala uqail akibat terkena bekas plastik kereta hotwheels.. pecah jadi nyer bekas permainan tu.
notajariku – biasa la anak lelaki.. kalau tak jatuh bukan anak lelaki namanya tu.. hikhik.
Image may be NSFW.Clik here to view.
