Sempena Hari Bapa hari tu aku sambut tuk ayah kepada anak2ku makan di Crystal Crown Hotel Petaling Jaya. Itu pon aku beli melalui online di Everyday cumer makan Hi-Tea ajer. Awal2 aku dah buat tempahan tempat.. nasib ler kami datang dah tak ramai. Iqbal, sara dan uqail teruja nak makan2 dan nak sambut sempena hari bapa.
Sara awal2 dah amik makanan dan makan. Kat situ makanan pon boleh tahan banyak pilihan.
Apa2 pon kena layan si kecik tu makan dulu.. kalau tak nanti asyik mengacau jer. Suker uqail makan satay.. sedap la tu.
Bila iqbal dah puas makan.. kena jaga adik plak layan upin ipin kat iPad.
Anak bujang kesayanganku.
Adioss.. geram anak ibu ni rasa nak geget2 jer. Ni uqail dah kenyang la ni..
Selesa sungguh coffee house kat Crystal Crown Hotel ni.
Bergambar dulu dengan anak2 sebelum berangkat pulang. Gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut kita angkat kaki.. hahaha.
Kenyang2.. kami makan hi-tea kat situ. Dari nasi goreng, satay, roti jala, nasi ayam, mee soup, bubur, kuih-muih, buah2an, ABC dan macam2 lagi. Tak termakan rasa nyer.. banyak sungguh pilihan.
Lepas tu kami semua pergi ker Mid Valley. Anak2 sibuk nak pergi tengok wayang tapi tak ingat plak citer apa masa ni. Kalau tak silap citer Battleship kot.. mmg lupa sebenar nyer.
Lepas jer kami tengok wayang malam tu. Aku belikan kek Chocolate Indulgent Secret Recepi tuk en abg. Sampai rumah makan sesama sorang sikit.. coz memasing masih kenyang lagi makan hi-tea kat hotel siang tadi.
notajariku – selamat hari bapa kepada en abg dan ayah aku.. kepada ayah aku sendiri aku belikan hadiah set beg duit, beg kunci dan tali pinggang.. suker ayah aku dpt hadiah dari anaknya.