Syukur.. padaMU Ya Allah.. Kau masih lagi memberi ku ruang untuk bernafas di bumiMU ini. Aku bersyukur sangat. Tiada apa yang harus ku minta sempena ulang tahun ku yang ke 38 tahun pada 1 Julai 2012 cumer memberi kesihatan yang baik supaya aku dapat menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu pada ank2 dan suamiku. Rezeki, ajal dan jodoh semua dah ditentukan olehNya. Alhamdulliah .. segalanya dipermudahkan oleh Allah.
Orang pertama yang bagi ucapan tentulah suami dan anak2ku yang tercinta, terasa syahdunyer..tepat jam 12mlm "Selamat Hari Lahir Ibu", kata dorang semasa kami sekeluarga makan malam.
So bila jatuh nyer Hari Lahirku seperti biasa setiap tahun pasti suamiku tersayang akan bertanya apakah hadiah yang aku minta. Kebetulan bulan sebelum tarikh lahir aku tiba memang aku teringin sangat nak beli Oven, Microwave dan Mixer. Apa lagi aku suarakan hajat di hati untuk memiliki semua barang tu. Dah menjadi kemestian en abg pasti akan memenuhi permintaan isteri dia ni. Bukan apa tuk kesenangan kami sekeluarga jugak.. bila ada oven, microwave dan mixer ada dah tentu aku bole buatkan kek, biskut, memanggang dan macam2 lagi. Sekarang dah jadi hobi aku dah.. lagi pon bulan ramadhan dah hampir tiba.
Memang superb menjadi kek kalau mixer ni ada. Ni pon aku nak jugak.. bila dah ada set ni nak buat kek pon dah jadi terlebih rajin. En abg kata jangan sok buat biskut raya jadi cam biskut yaya dalam citer boboiboy sudah.. tergelak aku mendengar kata2 suamiku.. hahaha.
Yang best beli Mixer ni dapat free gift timbang digital stainless steel kat atas tu. Bertambah senang ler. Aku beli brand Breville 1000 watt dari Australia.. spare part pon senang. Tak perlu risau.
Bila dah ada barang2 oven, mirowave dan mixer tentu2 peralatan nak membaking kena ada. So aku dah siap sedia beli alat2 kat atas tu kat IKEA. Seronok Beb!! nak buat biskut samperet, tart, chocolate chip, biskut koko, kek, cupcake huhhh banyak ler yang bermain di fikiran aku ni. Sok jangan sekejab jer sudah... kihkih.
notajariku – barang2 elekterik kat atas tu semua aku beli masa ada Pameran Kitchen World Fair di Great Eastern Ampang… nanti aku kongsi citer kat sana di next entry.
*buat en abgku terima kasih atas segalanya.. syg abg *