Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Percutian Kami Sekeluarga Ke Cameron Highland – Part II ~

$
0
0

_DSC0215

Awal-awal pagi kami dah bangun. Kejutkan anak-anak nak pergi sarapan pagi di coffee house De’La Fern Hotel. Senang pulak iqbal dengan sara bangun padahal dorang tidur pukul 6 pagi. Takut dengan ibu dorang la tu.. coz malam tadi dah bagi amaran. Kita esok nak jenjalan di sekitar Cameron Highland.. nanti korang mengantuk kalau tidur lambat.

_DSC0209

Sara muka dah sembab.. tak cukup tidur.

_DSC0213

Sangat sedap makan sarapan pagi di situ. Nasi goreng, ayam masak merah pekena kopi panas.. dengan cuaca sejuk yang mendamaikan.. memang syok.

_DSC0208

Anak dengan ayah.. sama jer muka lagi-lagi tang hidung tu.

_DSC0217

Uqail makan tak pandang orang dah.. sedap sangat makan la tu yer dik.

_DSC0227_DSC0229

Sara sibuk ajak jenjalan di kedai berhampiran hotel. Tengok-tengok jer belinya tidak.

_DSC0242_DSC0241

Semua dah siap.. nak pergi jenjalan makan buah strawberry dan minum tea panas. Bergambar dengan anak bujangku yang comel ni.

_DSC0249_DSC0251

Bergambar sekeluarga dulu sebelum nak jenjalan.

_DSC0258

Bergambar di lobby hotel.

_DSC0276_DSC0278

Suruh uqail senyum di jilirnya lidah plak.. haha comel.

_DSC0285

Senyum sayang anak ibu.

_DSC0294

En abang bergambar dengan kereta kesayangan.

zana1

Seronoknya dapat hirup udara sejuk.. berangin.

_DSC0298_DSC0302

Singgah di Healty Strawberry Farm. Sara dengan aku suker sangat makan fresh strawberry dengan krim dan coklat.. nikmat bila dapat makan.

_DSC0299

Bergambar dengan en abang dan uqail depan pintu masuk Healty Strawberry Farm. Masa orang masih tak ramai lagi datang. Nak bergambar pon senang.

_DSC0303_DSC0304

Cepat la jalan.. tak sabar nak makan buah strawberry ni.

_DSC0311

Lepak kat sini menikmati makan buah strawberry. Mula-mula beli buah strawberry yang bekas kecil jer. Tak puas plak makan lepas tu beli yang besar.

20140613_131735

Amikkk.. strawberry dengan krim campur coklat.. harga dalam rm24 rasanya. Memang puas makan. Aku dengan sara jer bedal.. hihihi.

20140613_13192220140613_132123

Nikmatnyerrrr… makan. nyumm.. nyummm. Sehingga menjilat jari.

_DSC0313

Masa ni uqail masih lagi batuk berkahak.. menanggis nak makan ais krim. Tapi kita orang bagi jugak dia makan. Yang heran balik dari Cameron Highland terus hilang batuk dengan kahak uqail.

20140613_133159

Dengan anak daraku sorang ni… manja la tu.

_DSC0327

Jom gerak kita jenjalan kat tempat lain plak.. sibuk nak bergambar sesajer kami.

20140613_133432

Senyummmm semua.. suker dengan gambar ni.

DSC_0348

Kami singgah bergambar di Tanah Rata Cameron Highland.. Cantik dan nyaman jer suasana masa tu.

DSC_0354

Masa ni minta pak arab tolong snapkan gambar kami sekeluarga.

DSC_0359DSC_0361

Anak bujangku iqbal dan uqail.

DSC_0367

Semoga anak-anak ibu semua ni menjadi anak yang soleh dan solehah… amin.

DSC_0378

Layan jer la…

DSC_0385

Uqail dengan ayah tersayang.. manja sangat dengan ayah dia.

DSC_0392DSC_0395

Alahai suker nyer anak ibu ni.. dah besar dah uqail.. nak timang pon ayah termegah-megah.

DSC_0412

Uqail takut dengan daun pokok pine ni.. beriya tak mahu turun. Asyik nak berdukung dengan ayah dia.

DSC_0410

Cantik view di sini. Ada kejadian masa ni.. kereta aku dekat belakang tu. En abang tukar kasut dia dengan selipar. Sampai jer kat bilik hotel baru tersedar kasut tertinggal dekat dengan kereta parking masa tu. Terus en abang bergegas ambik balik. Nasib ada kasut dia.. elok tak terusik. Siapa la nak ambik kan.. hihihi.

DSC_0420

Singgah main di tempat permainan ni. Uqail suker benar nak main-main katanya.. layankan jer la.

DSC_0416DSC_0418

Kakak sara rajin melayan uqail.. abang iqbal pemalas dah nak layan adik dia.

DSC_0426DSC_0425

Aku dengan en abang boleh berdating dengan senang hati.. apa la yang di borakkan tu.. aku pon lupa dah.

DSC_0434

Seronok nyer.. dapat hirup udara segar di cameron highland. Uqail sampai meleleh la air liur terkeluar sampai tak sedar.. hahaha.

DSC_0440

Comel anak ibu siap pakai sarung tangan.. suker plak nak pakai tu. Lepas jer kami puas jenjalan pada hari tu. Terus balik bilik berehat.. Malam tu kami keluar pergi makan malam plak. So ada sambungan lagi di part 3. Banyak sangat gambar kami sekeluarga di Cameron Highland.. harap2 tak la boring menengok nyer. Kenangan setiap percutian kami sekeluarga harus di abadikan dalam blog aku ini. So layankan jer la.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197