Cuti sekolah pertengahan tahun pada 12hb hingga 14hb June 2014 tahun lepas. Cerita ni dah lama ada dalam draft blog aku.. nak publishkan pon malas nak buka laptop vaio lembab sangat. So jom layan kami sekeluarga bercuti makan angin di Cameron Highland Pahang.
Yang suker sangat jenjalan di Cameron Highland ni aku dengan anak dara aku si sara. Citarasa memang sama jer. Suker dengan suasana nyaman, sejuk dan teringin nak makan buah strawberry di salut dengan coklat.. memang sangat nikmat bila dapat makan.
Masa ni dah petang jugak sampai dekat pekan Tanah Rata. Suasana dah mula berawan dan sejuk. Sampai di Cameron Highland terus kami ke De’ La Fern Hotel. Memang tak buat tempahan datang terus terjah tanya kalau-kalau ada bilik. Nasib kami baik masih ada kekosongan yang bilik kita orang nak tu.
Suker anak-anak bila dah sampai hotel.. uqail dah tak tentu arah kelaparan katanya nak makan. Berkali-kali aku kata sabar.. kita check-in bilik dulu yer sayang.
Punggah barang nak masuk hotel.
Sampai jer kami dapat bilik Junior Suite.. padahal kami minta bilik Family Suite. En abang dah mula tarik muker tak puas hati kenapa ada sofa bed. Sepatutnya katil yang kami minta satu katil queen dan 2 katil single. Nasib la bell boy tu kata ni bilik Junior Suite. Telepon staff kat bawah katanya bilik semua yang aku minta dah penuh. Mana bolehkan bayar harga bilik Family Suite dalam RM700 lebih tapi dapat bilik Junior Suite. Terus aku muka tak puas hati.. akhirnya staff kat situ bagi bilik Family Suite yang boleh masuk dewasa 6 orang untuk satu hari. Dan keesokkan aku kena tukar balik bilik yang asal aku booking. Setel masalah ni.. terus en abang tersenyum.
Ni view dari bilik pada mula kita orang nak check-in Junior Suite.
Awan dah mula banyak.. sangat sejuk ok masa ni.. syokk sangat.
Ni la bilik Family Suite yang boleh masuk 6 orang. Ada katil 2 queen dan 2 single. Ada dua bilik yang pintu boleh buka sebelah menyebelah.. sangat besar dan selesa. Harga bilik ni RM800 lebih. Kita orang dapat ganti bilik yang kita orang tak dapat tu.. percuma jer bermalam untuk satu hari.
Bilik air pon sangat besar.. anak-anak seronok. Uqail berlari-lari.. bergurau dengan abang iqbal.
Lepas check-in hotel kita makan di MarryBrown. Semua dah kelaparan.. perut dah mula berbunyi. Uqail yang paling tak sabar nak makan.. nak mamam.. nak mamam. Kesian anak ibu masa ni.
Menu yang kami order dan makan.
Jom makan.. bismillah.
Berselera anak-anak makan. Sedap jugak makan dekat Marrybrown masa tengah lapar ni.
Dalam pukul 8 malam kami keluar nak jenjalan di pasar malam brincang.
Bergambar dulu sebelum bermulanya menyoping.
En abang bergambar dengan anak-anak.. suasana orang agak ramai jugak.. sesak maklum la tengah cuti sekolah. Masa kami datang ni malam jumaat.. cuti sekolah pasar malam kat brincang ni hari-hari buka.
Pilih-pilih jangan tak pilih.. rambang mata.
Sara sibuk nak beli key chain nak bagi kengkawan sekolah.
Pasar malam brincang sebelah barangan kering, sayuran dan macam-macam lagi.
Uqail bergambar dengan ayah tersayang.
Iqbal sibuk nak beli ninjago @ lego.. banyak dia beli dalam 6 kotak gitu. Siap bawa duit sendiri nak beli mainan.
Si kecik ni pon sama.. pantang nampak mainan. Pasti nak di belinya. Kalau tak dapat gasak la ibu ayah nak jugak beli. Bila dah dapat baru puas hati.. nak tak nak belikan jer la.
Pilih lagi adik oii tapi jangan mainan ok.
Kat pasar malam brincang jugak masa ni. Ternampak gerai Adeq Corner Bihun Sup Kedah. Macam-macam makan dengan sup.. en abang teringin nak makan sup panas-panas. Syok bila dapat makan masa sejuk-sejuk.
Masa ni mata uqail dah layu. Tunggu nak lelap jer.. penat dah tu.
Jom makan sup panas-panas.. sangat sedap.
Iqbal makan bee hoon sup.
Tu dia.. uqail dah terlena ke pangkuan ku. Kesian nyer dia.
Kakak sara makan sup daging panas. Memang kegemaran sara suker makan daging.
Anak-anak tidur bilik sebelah.. Iqbal nak tunggu bola.. ada perlawanan Brazil bertemu …..
