Lewat jugak la kami keluar rumah. Iqbal dengan sara memasing sekarang ni dah tak mahu keluar jenjalan. Geram jer aku nak melayan karenah dorang. Iqbal tu sanggup nak tinggal dekat rumah sorang-sorang. Masa dah dalam kereta lagi kami buat keputusan nak berbuka di mana. Buat panggilan kebanyakkan hotel di area putrajaya semua dah penuh. Akhir skali buat panggilan ada tempat kosong di Pullman Hotel Bangsar. Aku kata en abang kalau kita berbuka di hotel Pullman Bangsar. Nanti tak boleh jenjalan bershopping.
Pilihan ke-2 buat panggilan makan berbuka di CItitel Mid Valley. Nasib ada kosong lagi. Terus aku buat tempahan. Minggu pertama aritu berpuasa pernah makan di Cititel. Makanan kat situ semua sedap-sedap belaka. Harga pon berbaloi jugak dari hotel lain.
Batalkan tempahan makan di Pullman Hotel Bangsar.. kami sekeluarga makan di cititel. Memang penuh semua meja. Nak ambik makanan nasi dan lauk pauk pon siap beratur. Aku ambik pencuci mulut dengan laksa jer dulu.
Adik perempuan aku kak cik baru balik dari kerja di Robbinson. Ajak sekali makan berbuka.
Memang la tak ama muker kami berdua. Adik perempuan aku ni putih dan mata sepet. Sebijik macam uqail.. kalau kata uqail anak dia mesti semua percaya.. hihihi.
Sempat bershopping jugak.. en abang dengan sara ada beli seluar levis. Dalam 6 ratus jugak. Di Mid Valley sekarang ni kalau bershopping di semua kedai dapat samppul raya dengan 3 tudung salji set. Tapi dengan syarat kena pakai Maybank Kad. Kalau pakai kad lain dari maybank atau cash dapat 1 jer tudung salji dengan 1 set sampul raya. Nasib la aku terperasaan dan baca iklan masa di butik Levis masa tu. Untung betul dapat tudung saji ni sekali 3.. cantik sangat.
Sekarang ni aku gila mengumpul sampul raya. Habis semua kedai masa bershopping aku tanya ada sampul raya kosong tak. Hasilnya adalah di atas.. banyakkan. Sebenarnya aku memang dari masa di opis lagi dulu aku dah kumpul berbagai sampul raya. Berkotak sekarang dah ada ni.. nak kumpul boleh nak jual pon boleh. Banyak sangat dah.. so klu blogger yang mana ada terlebih nak sedekah tu boleh la bagi kat aku yer. Lagi cantik dan susah dapat sampul raya tu lagi bagus.. tu yang aku suker.
