Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Juadah Iftar Ramadhan Yang Ke–11 ~

$
0
0

20140710_180442

Entry kali ni adalah cerita juadah berbuka ramadhan yang ke-11 kami sekeluarga. Tahun ni memang mood nak membaking atau masak-masak agak kureng sikit. Semua jadi malas.. Tapi bangun sahur memang ler terlebih rajin. Coz kena la bersahur.. kesian anak-anak nanti nak pergi sekolah kelaparan la plak. Yang terlebih kesian si iqbal.. katanya kalau tak makan nasi balik sekolah tengahari dah macam nak mati. Teruk sangat tu berpuasa. Yela.. pagi sekolah kebangsaan dan petang plak sambung sekolah agama.

20140710_180352

Masa ni iqbal dengan sara tak sekolah. So aku terlebih rajin arini.  Pergi kedai awal cari bahan-bahan basah. Gambar atas menu pencuci mulut kueh onde-onde atau buah melaka. Buat 1 peket tepung pulut. Memang niat nak bagi jiran-jiran. Siap dah taruk dalam tupperware putih tu.. senang. Kang bagi pingan di balasnya plak nanti.

20140710_185656

Buat mee goreng basah.. isi ayam dengan fish ball sajor. Kegemaran sara menu ni.

20140710_190041

Peria campur sotong masak lemak cili padi kegemaran aku dengan en abang.. sedappp.

20140710_191459

Pergi kedai, mydin nak cari sos 3 rasa thailand cap ayam semua tak de. At last pergi cari kedai ubat cina nasib ada. siap pemuda cina jual tu cakap sos ni memang sedap. Orang cina selalu masak dengan tahu putih campur sos thailand ni. Menu aku buat ikan siakap 3 rasa.. sedap makan dengan nasi panas-panas.

20140710_192059

Menu ramadhan yang ke-11 adalah ikan siakap 3 rasa, mee goreng basah banjir baik punyer, peria campur sotong masak lemak cili padi, sup ikan merah dan kueh onde-onde @ buah melaka. Seronok tengok anak-anak selera makan berbuka. Alhamdulillah.. sekejab dah nak masuk 2 minggu berpuasa masa ni. Anak-anak la paling tak sabar nak beraya. Kita mak bapak ni dah tua.. suasana hari raya pon dah macam biasa-biasa jer.

Sekarang ni anak bujang aku si iqbal sibuk nak main mercun. Aku suruh main bunga api tak mahu dah. Tak seronok katanya.. Tiap-tiap tahun ibu dia la menyediakan mercun @ bunga api tuk anak-anak. Kalau tak de bunga api tak meriah plak beraya kan… hihi lantak la korang janji hati-hati bila main tu. Ibu tak kisah!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles