Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Kesian Uqail.. Demam ~

$
0
0

20140505_11574720140505_120608

Kisah uqail lagi.. glamer anak ibu bulan ni citer pasal uqail jer. Tu la sebenar nyer citer uqail pasal dia demam tak baik-baik lagi. Nak dekat 5 hari jugak la.. on off jer demam uqail. Mula nyer dulu sebelum birthday party lagi uqail dah selsema dan batuk. Ambik ubat dan gas dekat Klinik Pakar Ting di Puchong. Tiga kali la jugak berulang sedut gas untuk cairkan kahak.

20140505_11583420140505_124837

Tu yang masa birthday party uqail lemah jer. Selsema, kahak lepas tu cirit dan mutah plak. Sekarang ni demam tak baik dari hari khamis aritu. Risau sangat aku sampi nak tidur pon tak lena. Berjaga dan asyik pantau jer suhu badan uqail. Ni cerita semalam aku bawa uqail ke Hospital PUSRAWI Jalan Tun Razak. Gambar kanan muker uqail tak puas hati tengok brother staff kat situ nak ambik darah dia. Sabar yer adik..

20140505_125012 20140505_124947
Bila jumpa doktor.. cadangkan buat ujian darah. Paru-paru uqail ok.. walaupon masa ni uqail ada lagi selsema sikit-sikit. Gambar atas menangis staff kat situ tengah ambik darah dia. Kesian anak ibu..

20140505_12523720140505_133140

Atit.. atit.. kata uqail. kesian nyer uqail. tak pe la sayang nak baik kan. So bila keputusan keluar.. alhamdulillah.. jangkitan denggi atau jangkitan darah semua ok. Syukur sangat. Gambar kanan uqail terlena sekejab setelah puas menangis kena cucuk tadi.

photo(8)

Sebenar nyer uqail takut sangat makan ubat. Tu pasal sakit uqail tak baik-baik. Kalau nak bagi makan ubat tu berpegang la kami semua. Ayah uqail pegang kaki dan tangan dan abang iqbal pegang kepala. Aku plak masukkan ubat kat mulut. Apa lagi cara kami tak buat.. pujuk, campurkan ubat dalam vitagen semua tak jalan. Kekadang tu kesabaran aku membuat aku nak marahkan jer uqail. Tapi bila fikir balik kesian sangat kat uqail. Pergi semalam Hospital bekalkan ubat demam, antibiotik, selsema, batuk dan ubat punggung.

Video atas la saksi uqail payah sangat nak makan ubat. Kesian bila tengok.. tapi bila fikir nak baik.. kami paksa jugak dia makan ubat walau apa cara sekali pon. Sekarang uqail dah boleh makan ubat sikit2.. aku masukkan sudu plastik warna biru (gambar atas) Tak la lidah uqail boleh bergerak. Kalau tak habis ubat dia semburkan keluar dan muntah-muntah.

Alhamdulillah arini uqail demam dah kebah..  baru lega hati ini. Semoga uqail sihat dan lincah.. amin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197