Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197
↧

~ Banyaknya Hadiah Birthday Uqail ~

$
0
0

_DSC0853

Hari yang sama malam tu jugak buka semua hadiah birthday uqail. Sebenar nyer kakak sara yang sibuk-sibuk suruh buka. Aku badan dah letih tapi layankan jugak la tuk birthday boy tengok hadiah apa yang dapat. Tak sabar sungguh… uqail sangat teruja jugak bila tengok dia dapat hadiah banyak sekali.

_DSC0843

Kita bergambar untuk buat kenangan bila uqail dah besar nanti. Mohh.. la layan gambar-gambar birthday boy yang ceria hari tu. Gambar atas la semua hadiah birthday uqail dapat.

_DSC0858

Uqail buka hadiah dari wan (emak en abang) dia bagi. Terima kasih wan bagi uqail hadiah ni.

_DSC0861_DSC0862

Bila buka uqail dapat scooter spiderman dari wan.

_DSC0863

Ni plak hadiah dari usu.. muker ada senyum.

_DSC0864

Wahh.. uqail dapat dram.. lepas ni boleh belajar main drum.. caya la adik.

_DSC0868_DSC0870

Gambar kiri uqail dapat dari kawan opis aku.. kak mai. Dan gambar kanan tak pasti siapa yang bagi hadiah tu.

_DSC0874_DSC0875

Ni plak hadiah dari faris (anak kak ngah aku).. dapat buku.. best nyer lepas ni ibu boleh ajarkan.

_DSC0876_DSC0877

Gambar kiri hadiah dari mak long dan gambar kiri hadiah dari kawan aku.

_DSC0880_DSC0872

Gambar kiri hadiah dari kawan sekolah aku adam.. dan gambar kanan hadiah beg dari nenek acik napsiah.

_DSC0878_DSC0879

Hadiah patung minion dapat dari mardhiah dan patung katak tu aku tak pasti siapa yang bagi.

_DSC0887

Siap dah semua hadiah uqail di buka.. bergambar buat kenangan dulu yer adik. Ada juga hadiah yang tak snap gambar. Banyak jugak la tak tahu hadiah siapa yang bagi coz tiada tulis dari siapa.

_DSC0866

Raut wajah birthday boy.. tengah tunggu ayah pasangkan drum pemberian dari usu segambut.

_DSC0845_DSC0848

Gambar kiri acik nini datang lewat.. coz kerja. Siap bawa hadiah uqail kereta hot wheels dan trek. Hadiah berupa wang ringgit pon banyak jugak dapat. Tapi apa pon terima kasih la banyak-banyak pada tetamu yang sudi datang ke majlis birthday uqail dan memberi hadiah birthday buat uqail. Sayang la kat orang semua..

HADIAH TERBAIK

Hadiah tidak semestinya sesuatu yang merupakan wang ringgit atau harta benda.

Gift with a bowHadiah terbaik untuk sahabat adalah doa

Gift with a bowHadiah terbaik untuk musuh adalah kemaafan

Gift with a bow Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan

Gift with a bowHadiah terbaik untuk murid adalah tauladan

Gift with a bowHadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang

Gift with a bowHadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-fatihah

Gift with a bowHadiah terbaik untuk ibubapa adalah kebaktian

Gift with a bowHadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan

Gift with a bowHadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan

Gift with a bowHadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan

Gift with a bowHadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran

Gift with a bowHadiah terbaik untuk Rasulullah adalah selawat

Gift with a bowHadiah terbaik untuk Allah SWT adalah ketaqwaan.

Sentiasalah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu dan saling memaafi kerana pemberian hari ini adalah ganjaran untuk hari esok.

↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles