Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Aktiviti Anak-Anak Cuti Sekolah ~

$
0
0

20140328_133346

Cuti Pertengahan Penggal 1 dari 22.3.2014 hingga 30.3.2014 rasa sekejab jer dah habis. Anak-anak pon rasa tak puas nak berehat kat rumah. Tapi bila tanya seronok tak sekolah balik.. nasib la dorang suker sekolah.. coz boleh jumpa kengkawan. Bila asyik duduk rumah pon boring jugak aritu aku ajak anak-anak pergi jenjalan di IOI Mall Puchong. Kebetulan sepupu dorang ada tidur kat rumah. Iqbal dengan sepupu dorang si boy tengok wayang citer zombi kilang biskut. Aku, sara dengan uqail jenjalan di Mall jer.

20140328_154102

Uqail nampak tempat main kanak-kanak Reka Zone terus merengek nak masuk. Cuti sekolah 2 orang anak cumer RM40 sekali masuk. Sara boleh di harap jaga adik dia. Aku ambil kesempatan menyopingkan diri jenjalan di sekitar Mall.

20140328_14095520140328_140932

Seronok uqail dapat main kat sini.

20140328_16395720140328_170152

Di IOI Mall sara dengan uqail ambil kesempatan pau ibu beli mainan di ToysRus. Uqail beli Thomas & Friends Train Racing Set. Dan kakak sara beli set permainan tanah liat.

20140328_182220

Leka bermain Thomas & Friends Train Racing Set.

20140328_181011

Ayah dorang terkejut harga mainan iqbal dengan sara mahal kemain. Thomas & Friends Train harga RM136 dan sara punyer play-doh harga RM69. Aku kata elok la beli mahal sikit pon tak pe janji barang berkualiti. Macam Thomas & Friends Train ni.. susah nak patah. Lagi pon sempena hari lahir uqail pada 26hb April ni ToysRus ada bagi sms kad members dapat voucher RM30 tapi kena purchase rm150 keatas dapat la murah sikit. Kira bebaloi la kan.

20140328_121402

Sebelum bertolak ke IOI Mall Puchong.. isi perut makan Nasi Ayam Tart di kawasan perumahan Bukit Jalil dulu. Lapar-lapar sedap makan.

20140326_134227

Ni plak citer sebelum pergi ke IOI Mall. Pergi ke bangunan PNB aku ada urusan. Singgah bawa anak-anak makan di Ownn Nasi Ayam di Dato’ Keramat. Kami sekeluarga memang selalu kat kat situ. Nasi Ayam terbaekk dan sedap.. anak-anak pon suker makan. Kalau makan tentu-tentu mintak sup lebih.

notajariku – tunggu cuti sekolah pertengahan tahun bulan Mei plak.. anak-anak cuti lama sikit 2 minggu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles