Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Cerita Kami Sekeluarga Shopping Di Home Living Exhibition ~

$
0
0

photo 4(1)

Cerita ni hari yang sama masa kami sekeluarga makan-makan dan jenjalan di Nando’s Paradigm Mall aritu. Pada 6-9hb March 2014 di Bukit Jalil Stadium Carpark ada buat Home Living Exhibition. Niat hati memang nak cari barangan untuk rumah dan sambil tu boleh cuci mata apa yang ada terjual di sana.

photo 1photo 2(1)

Kami sampai pon dah agak nak malam jugak dalam pukul 6 lebih. Bila dah masuk kat dalam tu rasa macam tak cukup plak nak jenjalan satu booth ke satu booth. Macam-macam ada dari peralatan tandas & dapur, Fully Aluminium Gate, Pintu Kecemasan, Pintu Cermin & Kayu, Katil & Tilam Dreamland, Solar home, Kitchen Accessories dan banyak lagi.

photo 1(1)

En abang singgah nak beli Air Cooler Honeywell. Aritu servey di Havey Norman tapi tak beli pon. Bila tengok harga murah la jugak terus kami beli. Air cooler ni kami nak taruk kat ruang istirehat di tengah tingkat atas. Minggu lalu cuaca panas di rumah aku memang panas gila. Dah la penghawa dingin di ruang tamu dah meletop aritu so tak dapat digunakan lagi.

photo 2(2)photo 3(1)

Ada 2 pilihan.. akhir sekali kami beli yang belah kiri Air Cooler Honeywell warna putih tu. Tinggal yang terakhir air cooler tu nak tak nak terpaksa kami ambil jugak. Mintak harga murah dapat kurang rm60.. kira ok sangat la kan. Dorang pasang 2 hari masa pameran berlangsung.

photo 2(3)

Jalan-jalan ternampak Mini Portable Rice Cooker Smart Cooking ni. Memang hari tu dekat online aku dah servey nak beli. Harga lebih kurang jer.. aku dapat dalam RM90 jer.

photo 3(2)

Tapi aku punyer bukan yang ni aku beli. Yang ni harga dalam RM99. Kualiti aku tengok agak kurang sikit dan tak cantik. Sebenar nyer aku dan keluarga nak jenjalan jauh nanti. Makanan halal payah nak makan kat sana so kena la bawa mini portable rice cooker ni. Anak-anak tak sabar nak bercuti.. hahaha. menyesal cerita awal2 kat dorang.. kan dah merengek2 nak pergi cuti sekolah ni. Tak pe cuti sekolah ni ibu ayah bawa jenjalan dekat-dekat jer.

#PrayForMH370


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles