Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Kali Ke-2 BerCuti-Cuti Di Bayou Lagoon Park Resort ~

$
0
0

20130815_142220

Baru teringat aku pernah bercuti di Bayou Lagoon Park Resort Melaka pada 15hb hingga 17hb Ogos tahun 2013 yang lalu. Lama sungguh arini baru nak update cerita.. hahaha. Gambar banyak dan cantik rugi kalau tak update kenangan masa pergi ke sana. Aku booking bilik di Bayou Lagoon Park Resort selama 3 hari 2 malam beli melalui agoda.com. Ambil yang apartment 3 bilik dengan harga RM340.00 semalam. Dan untuk sarapan 4 orang adalah percuma.

20130815_143759

Kami pergi 2 keluarga.. keluarga belah en abang a.k.a keluarga abang ipar aku.. abang ipar serta isteri dan 3 orang anak lelaki dia. Sampai sana dalam pukul 4 petang.

20130815_142905

Sampai terus kami check in.. alhamdulillah bilik dah sedia ada siap. Kami dapat bilik apartment di blok baru menghadap di kolam renang.

_DSC0780

View dari bilik apartment kami.. menghadap kolam renang.. cantik.

_DSC0784

Pertama kali aku datang tak dapat bilik mengadap kolam renang. Kali ni dapat seronok sikit.. boleh cuci-cuci mata tengok orang mandi manda.

_DSC0785

Iqbal dan sara mandi kat bawah.. snap gambar dari atas bilik apartment.

_DSC0789

Uqail masih tidur lagi masa sampai. Tunggu bangun baru mandi kolam renang kat bawah sama-sama abang dengan kakak.

_DSC0795

Yehaaa… uqail dah bangun. Nampak kolam renang dah tak sabar nak turun. Mohh lah kita terjun kolam main gelongsur.

_DSC0814

Iqbal, sara bersama dengan sepupu dia boy.

_DSC0818

Sara layan adik uqail main belon angin besar ni.

_DSC0820_DSC0812

Gambar kanan sara duduk tak boleh sopan. Aku siap beli lemang dan rendang daging dari rumah.. sedap lapar-lapar makan lemang.

_DSC0823

Ayah layan uqail mandi manda.. seronok sungguh.

_DSC0828_DSC0830

Uqail sekejab jer dah besar. Dari kecil memang suker mandi kolam. Pantang nampak kolam melalak kalau tak dapat mandi.

_DSC0834

Memasing iqbal, boy, sara dan en abang pegang uqail tengah turun gelongsur.. splashhh.

_DSC0837

Yehaaa.. berjaya turun. Uqail berani takut naik gelongsur.

_DSC0848

Peace yoo.

_DSC0853_DSC0854

Uqail main bola dengan kakak.

_DSC0857

Kesian dengan kakak sara.. asyik sajer kakak sara kena jaga adik uqail.

_DSC0867

En abang dengan anak-anak.. mandi manda.

_DSC0868

Uqail bibir dah biru.. sejuk la tu.

_DSC0908

Iqbal sewa main basikal ni. Sewa rm10 selama 10 minit.

_DSC0915

Mak bapak pon nak cuba gak naik basikal ni.. konon-konon nak berlumba la tu.. hehehe.

_DSC0928

Ayah carry adik uqail naik basikal.. bila kayuh laju jugak basikal ni.. seronok.

_DSC0944

En abang bergambar dengan abang sulung dan anak lelaki dia.

_DSC0954_DSC0956

Sama dah besar badan ayah dengan anak.

_DSC0964

Sara.. makin hitam la kulit.

_DSC0979

Aku dengan biras.. kak zura.

_DSC0992

Kami sekeluarga bergambar di tepi kolam… panas ooii.

_DSC0987

Seronok nyer… gambar korang jer yang banyak.. aku la yang snap kan.

_DSC0994

Bila memasing dah puas mandi siap-siap naik.

_DSC0995_DSC0997

Hari ke-2 memasing nak siap-siap nak check out sudah.

_DSC1007_DSC1008

Uqail dah siap dah.. wangi anak ibu.

_DSC1013_DSC1019

Bergambar dulu sebelum balik.

_DSC1017

Dah 3 hari 2 malam kami bermalam di Bayou Lagoon Park Resort. Lepas check out kami gerak pergi ke Bandar Melaka. Nak makan assam pedas claypot.

20130816_15443420130816_154442(0)

Jalan-jalan sekitar Bandar Hilir. Tanya orang kat situ mana tempat nak makan assam pedas claypot panas. Cari punyer cari nasib la jumpa. Seronok betul tengok menu macam-macam ada. Udang Galah & udang goreng semua mendatang selera kami yang tangah lapar.

20130816_154451

Boleh pilih ikan apa yang kita nak. Ni kepala ikan.. perghhh sedappp beb!! tapi aku ambil ikan kembung jer untuk makan tengahari aku sekeluarga.

20130816_152828

Keluarga abang ipar tengah menjamu selera.. selera sungguh.

20130816_152832

En abang dah lapar aku kena jaga si kecik uqail.. nampak mainan semua dia nak beli.

20130816_154718

Lepas tu baru aku menjamu selera. Alhamdulillah.. sedap sungguh assam pedas dalam claypot. Panas-panas makan sedap sungguh. Lepas jer kami makan kami semua gerak pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah selamat sampai rumah. Walaupon penat janji anak-anak seronok dapat bercuti dan main-main air di Bayou Lagoon Park Resort. Lain kali in syaa Allah pasti nak datang lagi bercuti ke sana. Tempat kegemaran anak-anak.

#PrayForMH370


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles