Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197
↧

~ Rembatan Hasil PC Fair Di KLCC ~

$
0
0

20131208_224117

Minggu lepas ada Pameran Komputer PC Fair 2013 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) bermula pada 6 hingga 8 Disember 2013. Ingatkan nak datang hari Jumaat takut sesak dengan pelawat bila weekend nanti. Tapi tak jadi pergi pulak.. terpaksa ajak en abang pergi hari ahad.

Gambar atas la hasil rembatan yang aku sibuk-sibuk nak pergi ke PC Fair ni. Seagate Backup Plus 1tb senang nak simpan gambar2 dari zaman berzaman aku dulu. Kira nak Backup dari Extenal Hard Disk aku yang lama. Kang takut rosak haru biru jadi nyer.. semua gambar2 di simpan kat situ. Laptop Mouse Sony Vaio lama dah rosak ganti yang baru. Dan beli Car Charger Samsung hp Note dan Charger iPhone.

20131208_17154920131208_171532

Sampai dah agak petang jugak. Bergambar kami sekeluarga di perkarangan KL Convention Center.

20131208_174026

Itu budak kecik tak boleh duduk diam. Berlari sana sini.. bergilir-gilir iqbal sara dengan ayah mengejar uqail. Penat la adik melayan karenah ko. Tinggal dengan nenek baru tahu.

20131208_181021

Abang, adik perempuan en abang pon ada jugak. Jumpa kat KL Convention Center. Kebetulan dorang ada di sekitar KL. Biras aku pon nak mencari pen drive tuk kegunaan sendiri.

20131208_190705

Okey.. memasing dah kepenatan terutama si kecik uqail. Pengsan tak ingat dunia dah bila sedar pon sama tak ingat dunia. Sabar jer la dengan perangai si kecik tu.

20131208_190743

Ni la abang sulung kepada en abang.. sama ker muker dorang. Lepas jer puas dapat apa yang di hajati. Kami semua terus pergi makan malam di Hot Steak House dan Mee Tarik Warisan Sg Besi. Seronok dapat jumpa-jumpaan dan borak2 kami malam tu.

notajariku – gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut tido senang hati.. alhamdulillah.

↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Latest Images

Trending Articles