Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Samsung Galaxy Tab 3 for Kids ~

$
0
0

20131207_160010

Minggu lepas kami sekeluarga jenjalan di Mid Valley. Kebetulan singgah di Kedai Samsung. Ternampak  SAMSUNG Malaysia Electronics baru sajer memperkenalkan tablet baru, Galaxy Tab 3 Kids yang direka khas untuk kanak- kanak berusia tiga hingga sembilan tahun. Cam menarik jer.. cam comel jerkan.

20131207_154600

Kebetulan kami ada dapat rezeki lebih sikit. Kira rezeki anak-anak.. so masa keluar tu memang niat nak belikan apa yang anak mahukan. Bila nampak tablet ni berminat plak nak belikan untuk uqail. iPad yang ada selalu sajer bergaduh dengan abang dengan kakak.

20131207_155839

Tablet berasaskan Android ini membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori 1GB RAM dan juga kamera 3-megapixel pada bahagian belakang dengan harga RM799 dan boleh didapati di pasaran dalam warna kuning sajer.

_DSC0245

Uqail excited sudah tak sabar nak main.

_DSC0259

Galaxy Tab 3 Kids membawakan skrin bersaiz 7-inci, dan hadir dengan antaramuka yang khusus untuk kanak-kanak. Ia turut hadir dengan Application Manager untuk membolehkan ibu bapa memantau dan mengawal aplikasi apakah yang boleh diakses oleh anak-anak mereka dan membolehkan tablet tersebut dikunci secara automatik sekiranya seseorang menggunakan ia melangkaui masa yang ditetapkan. Sangat menarikkan…

_DSC023720131207_164200

Bila si ibu dan ayah sudah berkenan.. terus sajer belikan untuk uqail. Casing Tab 3 kids ni juga kelihatan tahan lasak pada bahagian yang diperbuat daripada getah. Tak perlu la aku risau kalau tablet ni uqail jatuhkan.

_DSC0240

Dapat juga buku iDinosaur dan muat turun aplikasi dengan percuma. Sebenarnya iDinasour ni boleh menghidupkan makhluk prasejarah seperti T.rex dan Velociraptor kembali di alam maya melalui tablet yang dilengkapi kamera web dengan animasi interaktif yang menakjubkan. Bila dah guna uqail pon seronok sangat.

notajariku – sayangkan anak katakan..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles