Lama jugak la aku bersuara dengan ayah dorang. Nak bawak dorang pergi mana-mana Kem Motivasi. Ada jugak Kem Motivasi buat kat Ulu Langat dan Morib. Bila cari-cari dekat rumah aku ni Pusat Bimbingan Al-Quran Qurratun Ain ada plak buat Program Cuti Sekolah.
Memang elok sangat la.. yang di cari ada depan mata. Program ni bermula dari 2hb hingga 13 Desember 2013. Dari Isnin hingga Jumaat dan masa 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Ustaz kat situ cakap ada di ajar tentang
* Pelajaran Feqah – perkara berkaitan dengan wudu’ (secara praktikal) Solat Fardu dan solat-solat sunat / solat persorangan / imam dan solat berjemaah.
* Pelajaran Tauhid (Awal agama mengenal Allah)
* Pelajaran Akhlak (Akhlak Rasulullah sebagai contoh)
* Talaqqi dan Hafazan surah-surah pilihan.
Perlajar terhad kepada 20 orang peserta sahaja. Masa ni iqbal dan sara teruja sangat nak belajar. Seronok kata nyer.
Masa ni awal lagi.. ada pelajar yang belum sampai.
Kakak long aku pon hantar anak dia ifzal sekali belajar kat situ. Senang ada berkawan-kawan.
Rasa puas dapat hantar anak-anak belajar kat situ. Sudak kewajipan sebagai ibu ayah. Walau banyak mana pon mencari duit pelajaran anak-anak tentang agama pasti kena utamakan. Cuti sekolah dorang pon tak akan disia-siakan dengan begitu sahaja sekurangnya dapat manfaatkan dengan mengikuti program pemantapan Fardhu Ain.
Iqbal dan sara sebenar nyer ada juga belajar KAFA di Sekolah Agama Ibnu Sina di Bangsar. Tapi aku hantar jugak kat Pusat Bimbingan Al-Quran Qurratun Ain untuk waktu dipenuhi dengan aktiviti berfaedah.
notajariku – semoga anak Muhammad Iqbal dan Aliah Maisarah menjadi anak soleh dan solehah.. amen.
