Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Shooping Di Bandung – Part II ~

$
0
0

IMG_9597

Bersambung lagi entry bershopping di Bandung Part I. Lepas jer kami bershopping di Tako Tiga terus kami singgah di Anak Kecil. Siapa ada anak WAJIB singgah kat sini memang baju budak jer semua.. banyak pilihan. Aku merayau kat sini sekejab jer. Sajer nak tengok-tengokkan baju uqail. Sempat rembat baju mandi dan baju tidur sehelai satu. Kira berbaloi-baloi la harga yang aku pilih.

IMG_9600

Lepas setel di Anakecil supir bawa kami ke Terminal Tas. Nak shopping hangbag, wallet, purse boleh masuk sini. murah bangat weii!.

IMG_9609

Rambang mata.. mana satu pilihan hati tak tau.

IMG_9605

Kakak aku siap beli hangbag sampai 3 bag. Ambik ko pergi kerja tukar-tukar la seminggu2.

IMG_9614

Masa ni kaki dah berdenyut-denyut. Mak aku pon sama dah tak larat dah nak jalan. Sling bag pink dengan bag sara jer yang aku rembat. En abg dah ingatkan nak shopping jgn beli handbag lagi kat rumah aku dah ada berpuluh2 hangbag ada.. turutkan sajer perintah tuan besar.

IMG_9630

Lepas jer habis agenda hari pertama.. shopping pon dah puas. Di bandung pukul 6 hari dah gelap terus pak supir bawa kami pergi reflexology PUREZA Spa. Aku ambik urut badan 1 jam dalam harga RM24 duit kita. Memang murah bangat dan sedap sangat. Lega dan lena pabila malam aku tidur.

IMG_9633

Suasana bilik yang aku urut.

IMG_9626

Anak buah aku si ijie dengan si ijal. Memang tak boleh di kawal.. ada jer karenah yang dorang buat. Pening kepala mama dorang.

20131007_101241

Hari ke-2 pepagi dah keluar.. sarapan di coffee house dulu. Singgah shopping di Marc & Stuart dan Butik Polo.

20131007_103448

Kat sini sempat rembat baju t-shirt Polo uqail. Barang-barang kat sini harga lebih murah sikit dari di Butik Polo Kuala Lumpur.

20131007_112000

Agenda kami seterus nyer singgah di Chimpelas Shopping Street.

20131007_110337

Kat sini banyak kedai berderet-deret sepanjang jalan Chimpelas. Baju t-shit memang murah-murah dan melambak-lambak.

20131007_112115

Ratusnak ole-ole dari Bandung. Kek lapis dan pisang salai pon ada. Bole la bawa balik sebagai ole-ole.

20131007_120559

Ni pisang salai.. macam-macam perasa ada pisang salai keju durian, pisang salai oreo pisang salai coklat dan yang paling sedap pisang salai keju. Banyak jugak la kami beli buat ole-ole keluarga di Malaysia.

20131007_112051

Yang ni ole-ole yang dah siap di peket kan.

20131007_120056

Sepanjang Jalan Chimpelas yang sangat sibuk dan bersimpang siur.. hati-hati jalan di sini.

20131007_123539

Tersangat unik nyer kat jalan Chimpelas ni ada banyak replika macam Superman, Batman dan Spiderman. Aku banyak ambik gambar dari bershopping di sini.

20131007_123350

Sesak jugak dengan orang ramai bershopping.

20131007_113028

Yang berminat baju batik pon ada di dapati di Sasak Batik Jalan Chimpelas. Kalau rp75,000 harga kita lebih kurang rm23 hengget.

20131007_113108

Korek Api Jeans.. mak, kakak dan adik aku bergambar dengan superhero.

20131007_113023

Macam tak caya jer kat Bandung ada jual senapang. Tak de lesen pon boleh beli ker?

20131007_114503(0)

Pizza hut, KFC dan J.Co donut pon ada.. dah sampai Malaysia tengok gambar ni baru tahu ada J.Co kalau tahu kat sana aku dah beli dah donut.

20131007_123342

Beli t-shirt Bandung.. banyak jugak aku beli. Boleh minta kurang harga.. 1 t-shirt jatuh dalam Rp20,000 = harga RM6 duit kita.

20131007_123536

Pilih jangan tak pilih. Kat Bandung ni ramai tukang jual tepi-tepi jalan. Kekadang siap paksa suruh beli cenderahati seperti pelekat magnet dan cenderahati. Kata dorang nak pecah telur.. aku pon tak paham. Nak tak nak aku terpaksa beli dalam kerelaan. huhhh penat melayan.

20131007_144551

Lepas tu kami singgah lagi di Pasar Baru. Nak bershopping barang-barang yang termis tengok. Masa ni hari isnin orang-orang dah start bekerja tu yang tak sesak. Senang nak berjalan. Tak la semalam bersesak laga-laga bahu nak memilih pon payah.

20131007_144539

Aku beli sehelai kain ela jenis kat patung tu pakai. Sangat lembut kain tu.

20131007_172135

Cuaca dah agak nak gelap. Pak supir bawa kami singgah di sini lupa nama tempat kat sini. Capal dan sandal barangan kulit asli dengan harga yang murah. Selipar serendah Rp 10,000 = RM3+. Kakak aku banyak beli sandal.. cantik-cantik. Masa ni purse pon dah kempis.. kami habiskan stok duit Rp di sini tempat shopping malam terakhir kami di Bandung. Hari dah makin gelap perut dah lapar. Dari jadi jutawan dah jadi muflis. Lepas tu kami singgah di Restoren Ayam Penyet yang tersangat sedap dan maveloosss. Nanti di sambungan entry terakhir akan aku ceritakan.

notajariku – kalau banyak mana duit bawa pon mesti tak cukup nak bershopping.. sabar jer la.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles