Quantcast
Channel: Perjalanan Diari Hidupku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

~ Shopping Di Guangzhou China – Part I ~

$
0
0

_DSC0453

Memang tak rancang pon nak terbang ke Guangzhou China. Kebetulan member aku ada buat package murah bershopping hari raya ke Guangzhou China 6 hari 4 malam dari 3 Julai hingga 8 Julai 2013. Memang murah sangat dah la naik Malaysia Airline.. Free & Easy plak tu.

_DSC0458

Cepat-cepat ajak en abang pergi.. niat nak bershopping tuk keperluan anak-anak untuk hari raya yang bakal tiba aritu. Waktu penerbangan kami pada hari rabu pukul 8.25 malam kapal terbang MH380 dan sampai ke Guangzhou China pada 1.20 pagi.

_DSC0460

Bila dah free & Easy package terus aku ajak adik ipar aku pergi sekali. Jangan tak tahu adik ipar aku ni dah masuk 4 kali pergi ke Guangzhou China. Memang dah tahu selok belok nak menyoping kat sana. Masa tu ada problem sikit dengan staff Elaf Al Massa Travel & Tours yang aku pergi ni. Nak citer panjang plak alkisah nyer. Tak pe la kita lupa kan. Alhamdulillah.. pada awal nyer ada problem sebelum pergi. Bila dah pergi lancar jer perjalanan kami.

_DSC0462

Masa ni tengah video call 3G dengan uqail.. sebak hati ni jangan cakap la masa kat KLIA. Berat sangat nak tinggalkan uqail dengan nenek dia kat Bangsar. Boleh ker kena tinggal..? ok ker..? bermacam2 di fikiran aku masa tu. Maklum la uqail ni masih menyusu badan sepenuhnya lagi. Bila aku dapat tengok wajah uqail masa 3G.. nampak ok jer. Baru hati aku rasa senang sikit. Lagi pon abang dan kakak dia ada sekali tinggal dengan nenek dorang.

_DSC0465

Lima jam jugak la sampai ke Guangzhou China. Naik MAS memang tak boring.. ada sediakan makanan dan cerita menarik di skrin monitor dekat depan kerusi masing2. Tak tidur pon sampai di Guangzhou China.. terang jer mata ni. Teruja jangan cakap la.. macam-macam nak di beli bila dah sampai sana.

slide1

Makanan kami yang di sediakan oleh MAS.. sedap.

_DSC0478

Sebelum turun kapal terbang harus kena isi borang masa masuk lapangan terbang kat imigresen China nanti.

_DSC0483

Sampai jugak kami ke Guangzhou China. Pertama kali nyer.. yuhuuu hapi. Hapi2.. hati ni ingat kat anak jugak. Naik teksi di luar Lapangan terbang china dalam 150 yuan kami kena. Kira murah ler tu.. kalau kereta sapu memang kena sapu ler dalam 400 yuan. Gila mahal. Jarak dari Lapangan Terbang  ke hotel kami menginap dalam 35 minit.

slide2

Guangdong Bostan Hotel.. 76 Tianhe North Road. Bilik dapat yang standard room tambah katil jer. Janji tak serupa bikin.. harga sama kena bayar. Bilik ok la coz orang kat sana yang kami kenal kata Hotel ni tempat kawasan orang2 kaya. Aku tengok sama jer 3 bintang. Yang tak best kat hotel ni takde WIFI dan kat bilik air tak de pancuran air kalau nak terberak ker. Kalau nak cuci menonggeng ler korang kat pancuran air mandi. huhh.. susah2.

_DSC0498

Sampai-sampai jer susu dah banyak.. rasa bengkak sikit. Memang ler aku bawa pam penyusuan. Tak dapat banyak mana pon. Terpaksa la aku buang jer air susu tu.. sedih memang sedih teringatkan uqail.

_DSC0493

Duit dalam mata wang Yuan China yang aku dah tukar siap-siap. RM4 ribu jugak la nak shopping. Kalau pergi Guangzhou China bawa duit sikit2.. memang menyesal ler bila dah balik Malaysia. Macam-macam nak di beli nyer. Tapi dah alang-alang sampai sana lebih baik bawa duit lebih-lebih sikit.

pic3

Permandangan dari bilik kami.. tingkat 15 Guangdong Bostan Hotel. Kat Guangzhou China pukul 5.30 pagi dah siang macam pukul  7 pagi waktu Malaysia.

pic4

Bangunan tinggi memang pesat sekali.. terpegun tengok negara orang. Jalan raya cantik dan tak berlubang2.

_DSC0501_DSC0504

Hari pertama dalam pukul 7 pagi lebih.. bergerak nak naik keretapi bawah tanah METRO Guangzhou. Adik ipar kata jom merasa naik keretapi bawah tanah dekat China.

_DSC0511

Jalan kaki jer dari hotel ambik masa dalam 15 minit.

_DSC0514

Orang-orang china memang pelik bila tengok kita orang ambik gambar. Tapi memang tak boleh pon ambik gambar kat negara china ni. Dorang tak kasi.. tak tahu kenapa.

_DSC0518

Tengok nak turun Guangzhou Metro ni pon jauh kebawah.. gayat sangat.

_DSC0523

Tengok peta.. arah nak ke tempat barangan kanak-kanak.

_DSC0527

Aku di Seksyen Keretapi bawah tanah Guangzhou Metro.

_DSC0530

Ramai orang-orang china naik keretapi Metro.

_DSC0535

Bersiap sedia kaki ni nak banyak berjalan masa tu. Pakai selipar yang terbuka jer jangan pakai kasut bagai. Nanti alamat nyer kesudahan balik dari shopping bau kaki busuk la jawab nyer.

_DSC0536_DSC0533

Mula-mula memang la bergambar sakan kita orang.. bila dah hari ke 3 dan 4 dah malas ambik gambar dah.

_DSC0543

Peta panduan arah seksyen ke seksyen.. kuning, biru, oren dan merah. Kira 4 tingkat landasan keretapi bawah tanah Metro ni. Kalau sesat memang pening la kapala… hahaha.

_DSC0542

Asal la muker aku macam buah labu ni.. besar gila.

pic1

Dapat pon tempat duduk.. peace.

_DSC0555_DSC0557

Seronok tengok gelagat orang-orang china..

_DSC0556

Kebanyakkan dorang memang pakai iPhone… tapi buatan china ler. Dan Facebook kat china memang tak ada.

_DSC0545

Ramai gila orang-orang china nak ke destinasi masing-masing. Laju jer dorang berjalan.. patut la org2 china kurus2 rupa nyer banyak berjalan. Orang Malaysia plak banyak makan tu pasal gemuk2.. hihihi.

_DSC0560

Beli air mineral.. tengok jugak la tanda halal.

_DSC0575

Akhir nyer kedai pertama kami singgah..

_DSC0572

Adik ipar aku ni memang jual baju kanak-kanak. Selalu ambik baju-baju mandi budak kat kedai ni.

_DSC0576

Cantik2 dan comel2.. aku selit beli kat adik ipar. Dapat la murah.. untungkan. Coz kalau shopping kat Guangzhou ni kita beli borong lagi dapat murah dari beli satu barang.

_DSC0577

Jom abang cepat dah tak sabar nak beli baju keperluan anak-anak kita ni.. excited sudah.

_DSC0581

Zhong Ba Children’s Garment Plaza.. Bangunan lama barangan kanak-kanak.

_DSC0586

Posing jab.

_DSC0582

Kami sampai pon ada jugak kedai yang belum bukak.. awal sampai.

_DSC0585

Tak tentu arah jadi nyer.

_DSC0588

Kalau 10 yuan.. duit kita rm5 jer.. kain berkualiti dan cantik.

_DSC0594

Tengok adik ipar aku banyak dah borong baju kanak-kanak. Ni semua untuk di jual bila di Malaysia nanti.

_DSC0604

Bila jalan-jalan ternampak orang China muslim jual macam roti naan gitu. Bakar dalam tempayan. Beli isi perut kami waktu nak bershopping nanti.

IMG_9435

Bapak besar roti ni.. besar dari muker aku. Kalau penampar penuh kena muker ni. Memang sedap sangat rasa garing dan lembut. Harga dalam 3 yuan rasa nyer.

IMG_9436IMG_9439

Isi perut dulu lepas ni teruskan perjalanan kami nak bershopping lagi.

_DSC0622

Ni plak Kids City.. adik ipar aku kata ni bangunan baru. Banyak jugak kedai barangan kanak-kanak.. gila beb!! jadi nyer.. tengok baju kanak2 comel-comel.

_DSC0628

Pilih jangan tak pilih.. rambang mata.

_DSC0632

Jual longgok ni lagi murah.. banyak jugak la beli. Semua saiz2 uqail jer yang banyak. Sara dengan iqbal susah nak cari. Mungkin kat tempat lain bangunan kot.. kita jer tak tahu tempat kat mana.

_DSC0636

Bila dah banyak barang macam ni naik teksi la nampak nyer.. kalau nak naik keretapi bawah tanah Metro.. pengsan aku. Kaki dah berdenyut-denyut dah.

_DSC0639

Balik hotel dulu hantar barang.. rehat sekejab. Lepas tu kami keluar balik. Cadang nak pergi makan dekat Saba Restoran. En abang kat depan hotel kami menginap.

_DSC0642

Kalau naik teksi.. tunjuk la kad yang ada tulisan China.. tempat yang kita nak tuju. Kalau cakap mulut sepatah haram orang china teksi tu tak paham.

_DSC0644

En abang duduk kat depan.. siap ada besi penghadang. Macam dalam penjara plak.

_DSC0647

Sungguh pesat negara China ni.. walau pon banyak kereta tapi lancar jer trafik kat sana.

_DSC0654

En abang bergambar di hadapan Saba Restoran makanan arab.

_DSC0659

Aku dengan en abang.. masa ni perut memang lapar sangat. Memang sengaja tak makan dari pagi cumer makan roti naan tu jer. Muker kebulur kami masa ni.

_DSC0670

Sedia untuk makan.. adik ipar aku kata makanan kat Saba Restoran ni sedap dari Saba Restoran kat Malaysia. Tak pe kita cuba makanan dulu sedap ke idak.

_DSC0674

Menu yang kami order Beef Kabsah, Fried Chicken with Rice, Mandy Chicken, Fried Sauce dan Aribia Salad. Alhamdulillah.. syukur selera sungguh kami makan. Memang sedap sangat.. tak tahu la mungkin kami lapar. Aku dah pernah makan Saba Restoran kat Malaysia memang tak sama.

_DSC0677

Adik ipar melawat member dari China. Mr Fang ni penjaga Hotel Clivia. Selalu adik ipar datang memang menginap kat hotel ni. Tempat stategik.. wifi ada dalam bilik.. pancuran air ada.. tekanan air kuat.. icon kuat dan air mineral dah sediakan setiap bilik.

_DSC0678

Kami buat keputusan malam ke 3 kami menginap kat sini. Hotel Guangdong Bostan kira halal 1 hari.

_DSC0681

Hari dah malam kaki dah mula penat dan berdenyut-denyut. Nasib ada spa reflexology dekat Hotel. Boleh datang ke bilik. Aku dengan en abang jer urut. Tak sedap pon dorang urut.. main ramas-ramas jer. Tak pe la janji ada kurang sikit sakit kaki. Malam tu badan sakit, kaki sakit tidur lena tak sedar diri.. kepenatan. Esok sambung nak bershopping lagi. Nak cari kayu… nak cari kayu… hihihi.

notajariku – ada sambungan lagi shopping di Guangzhou China.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 197

Trending Articles