Sambungan dari entry Cuti-Cuti Kami Di Bayou Lagoon Resort Melaka- Part I. Lama sungguh nak dapatkan mood update blog aku ni. So bila ada kelapangan ni la hasil nyer. Jom cuci mata tengok gambar2 kami sekeluarga jenjalan di Bandar Hilir Melaka. Walaupon penat kami sangat seronok.
Cuaca masa tu tersangat la panas dan terik. Masa ni aku dan anak2 bergambar berhadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Kami masuk jugak kat dalam.. banyak cerita2 sejarah masa nak Merdeka dulu. Iqbal ngan Sara pon excited dengar bila ayah dorang cerita berpandukan gambar2 yang ada kt dalam Memorial tu.
Pintu Kota Melaka @ A Famosa peninggalan sejarah untuk menjadi bukti bahawa bangsa kita pernah dijajah.
Kalau nak tengok lagi peninggalan bangunan lama kena menaiki tangga anggaran dalam 50 anak tangga. Mula-mula aku memang la tersangat malas nak naik ke atas. Bila en abang kat dah sampai kat situ dan nak tunjukkan anak2 bagaimana rupa nyer stuktur bangunan lama Bandar Melaka pernah dijajah. Gagahkan jugak la.. penat weiii.
Betapa kukuh nyer dan entah berapa berpuluh tahun lama tembok bangunan tu agak nyer.
Kali terakhir aku pernah jejakkan kaki aku kat situ masa aku darjah 6 tahun 1986. Rombongan sekolah masa tu.. lama sungguh.. bila datang balik bangunan masih sama lagi macam dulu.
Ramai plak masa ni pelancong2 asing yang datang.
Nak bergambar pon payah.. banyak plak kepala-kepala asing.. hihihi.
Perniaga-perniaga pon banyak.. sempat jugak membeli cenderahati.. keychain dan fridge Magnet.
Suker view kat tembok bangunan lama ni.. cantik.
Uqail dengan ibu bergambar plak.
Bila dah puas berjalan-jalan kat atas dan tengok permandangan Bandar Melaka.. lepas tu kami turun. Bila turun tak penat sepenat masa nak naik.. laju jer.
Sara dengan iqbal kata sangat la letih mendaki. Tak pe iqbal nanti boleh kasi kurus sikit.. hehehe.
En abang bergambar dengan anak-anak di meriam lama.
Bergambar tiga beradik.
Masa ni kami sekeluarga nak naik beca.. kat situ la tempat Beca2 Melaka Berhias berkumpul.
Masa ni tengah tunggu Beca Berhias. Sara nak naik beca yang cantik dan berwarna pink kata nyer.
Ni la Beca Melaka Berhias yang paling cantik sara kata. Yang Kayuh pon orang muda. Laju jer bawa kami pusing-pusing. Satu trip kalau tak jauh dalam RM20 satu beca, kalau perjam dalam RM20-RM50 rasanya. Memang syok jalan-jalan naik beca pusing bandar Melaka.
Sara dengan uqail naik dengan ayah dorang. Aku naik dengan iqbal.
Masa ni kami singgah kat jeti orang nak naik bot. Terjumpa plak artis Johan As’ari yang berlakon citer Juvana. Sara ngan iqbal pon kenal.
Pusing-pusing naik Beca tengok peninggalan sejarah lama.. seronok weii.. *bunyik cam excited terlampau.. hehe.
Masa kami singgah kat Muzium Samudera ada plak orang berpakaian ala-ala 5 sahabat Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Lekir. Sempoi la dorang.
Bergambar sekeluarga.
Menghilangkan dahaga dan letih.. masing2 dah kepenatan. Sara ngan iqbal sibuk nak balik hotel. Nak mandi kolam kata dorang. Aku ngan ayah dorang bo layan.
Si kecik uqail tengah makan buah betik.. sedap la tu.
En Abang dengan anak-anak.
Uqail dengan ayah.
Uqail dengan ayah juga.
Memasing muker dah berkilat.. keletihan yang terlampau terutama iqbal dengan sara.
Ajak jenjalan kat sini pon iqbal ngan sara dah tak larat. Terkilan aku tak dapat jenjalan sekitar bangunan warna merah ni. Lepas jer kami sekeluarga menghilangkan penat. Terus kami gerak menuju ke Umbai mencari ikan segar untuk makan malam. Next entry akan aku ceritakan makan kami di Umbai dan Menara Taming Sari. So sampai di sini cerita jenjalan kami sekeluarga di Bandar Melaka. Sekian babai.
